Ruang tamu ini merupakan tempat yang paling penting untuk kita melepak dan bersantai dengan keluarga. Bukan itu sahaja, ia juga berfungsi untuk anda menyambut dan melayan tetamu yang datang kerumah anda.
Tidak kisahlah jika rumah sewa atau rumah sendiri, bahagian ruang tamu wajib untuk dihias dengan secantik yang mungkin. Macam yang dilakukan Suja Nosa terhadap ruang tamu ini, beliau telah lakukan dekorasi bajet di rumah sewa beliau.
Hasil sebelum dan selepas yang dilakukan ini sangatlah menarik minat Giler Deco ini. Jadi, masa untuk Giler Deco ini berkongsikan hasil dekorasi bajet ruang tamu yang dilakukan di rumah sew beliau ini.
Nak kongsikan sebuah dekorasi bajet rumah sewa saya ini. Hasil sebelum dekorasi dilakukan dan juga hasil akhir dekorasi yang dilakukan ini.
Amacam dengan deko rumah sewa ini? Cantik tak? Kebanyakkan banyak barang dibeli dari kedai ECO jer. Memang jimat untuk orang macam saya ini.
Hasil Sebelum & Selepas Deko Rumah Sewa Yang Dilakukan Ini
Inilah dia rupa dalaman ruang tamu rumah sewa yang asal sebelum berlakunya hasil dekorasi ini. Biasalah rumah sewa pada awal-awal masukkan?
Ini lah dia hasil selepas dekorasi rumah ini dilakukan. Kesemuanya menggunakan barang-barang yang bajet sahaja mengikut kemampuan kami.
Ini pula adalah bahagian ruang tamu kami.
Ini pula adalah rak ikea lerberg kami. Kami beli pula rumput karpet ini di kedai ECO. Sangat murah. Dalam shopee pun banyak jer yang jual.
Sumber : Suja Nosa