Sarung sofa uzur, koyak atau lusuh memang menyakitkan mata memandang. Hendak beli sofa baharu tapi mengenangkan kos sofa baharu yang mahal, jadi simpan saja hasrat di hati. Bagi anda yang sedang dilema masalah ini, apa kata anda menukar sendiri sarung sofa di rumah seperti perkongsian daripada wanita bernama Ayuz Ismail ini.
Perkongsian diy hasil tangan wanita ini meraih lebih 900 tanda suka dan hampir 2000 perkongsian di laman Facebook beliau. Jom kita ikuti.
Alhamdulillah menjadi juga salin sofa ni. Musim covid ni memang kena save duit poket. Mula-mula takut juga, takut buka tak boleh nak pasang balik. Tapi, nasib baik menjadi. Modal tak sampai 100 pun.
Jumlah keseluruhan barang-barang yang digunakan adalah bawah RM100. Memang jimat habis!
Pertama sekali, cabut dahulu semua bahagian bongkah sofa. Kebiasaannya, terdapat skru atau paku. Maka perlu buka dahulu skru atau paku tersebut untuk mengasingkan sofa dan bongkah yang lain.
Kemudian, buang kesemuanya alas sofa yang telah uzur.Untuk buang alas pelapik sofa senang sahaja. Hanya perlu tarik sahaja kerana material pelapik sofa adalah lembut.
Ini kain material PVC yang dibeli dari Shopee tadi. Untuk ukuran, saya ambil lebih kurang 6 meter panjang dan lebar. Memang sengaja ambil lebih sebab risau terpotong.
Kemudian, dengan menggunakan stapler gun, stapler sahaja keseluruhan sofa dengan kain material PVC. Pastikan anda cover keseluruhan sofa.
Haaa, inilah hasil sarung sofa yang telah siap ditukar. Memang nampak bersih dan macam baru beli kan. Jadi, selepas ini, tak perlulah anda menghabiskan duit beli sofa baru. Anda juga boleh melihat lebih banyak projek DIY yang mudah untuk dilakukan di sini. Semoga bermanfaat.