Cara DIY Langsir Divider Guna Gelas Plastik Jimat, Mudah & Simple

Ditulis oleh

Pernahkah anda alami masalah apabila pasang langsir eyelet susunan gelembungnya tidak sekata? Masalah ini sudah menjadi kebiasaan apabila menggunakan langsir jenis ini. Jadi hari ini Giler Deco mahu kongsikan cara jimat DIY langsir divider guna gelas plastik je.

Pemasangan langsir eyelet tidak semudah yang disangkakan kerana kadang-kadang akan ada bahagian yang tidak mengikut susunan yang kita inginkan. Perkongsian kali ini oleh warganet facebook iaitu Lia Johari tentang cara tangani masalah gelembung tidak sekata ini. Jom kita sama-sama saksikan perkongsian ini.

Cara Jimat DIY Langsir Divider

 

1. Belah dua cup dan potong bawah cup bentuk bulat untuk muat masuk dalam rod langsir.
2. Kemudian letakkan cup pada rod langsir di setiap bahagian gelembung kain langsir (sebelah dalam)

Untuk cara seterusnya boleh ikut seperti yang disediakan di dalam gambar dibawah satu persatu.

Langkah 1 :

Guna plastik cup seperti dalam gambar dibawah

Cara DIY Langsir Divider

Langkah 2 :

Belah dua cup guna gunting kemudian potong bulat bahagian bawah cup. Hasilnya seperti gambar dibawah ini.

Langkah 3 :

Masukkan pada curtain rod mengikut gelembung kain langsir rumah anda. Caranya memang senang dan tidak begitu sukar. Hanya perlu ikut langkah-langkah yang telah disediakan sahaja.

Langkah 4 :

Dan inilah hasilnya. Mudah bukan untuk lakukan diy langsir divider seperti ini. Anda juga tidak perlu mengeluarkan bajet yang agak besar bagi penghasilan diy seperti ini. Anda hanya perlu guna barangan terpakai sahaja dan siap. Selamat mencuba dirumah.

Itu sahaja perkongsian untuk dari Giler Deco untuk hari ini. Diharap perkongsian ini dapat membantu anda dalam mencari jalan penyelesaian dalam menyelesaikan masalah langsir seperti ini.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Januari 13, 2021
Dikemaskini pada
Januari 13, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram