Rumah terbiar atau juga rumah terbengkalai ini kadang-kadang sangat sayang dan rugi jika dibiarkan melakukan apa-apa pembaharuan. Semakin lama rumah dibiarkan, semakin rosak dan kawasan rumah juga akan dipenuhi dengan semak samun. Ini akan mengakibatkan benda yang tidak diingini contohnya ular, biawak dan sebagainya menetap disana.
Seorang wanita bernama Wan Adibah telah membeli satu rumah terbengkalai dan beliau ada berkongsi sekali hasil ubahsuai rumah tersebut. Hasil ubahsuai rumah tersebut dilakukan oleh suami dan juga arwah ayahnya.
Total kos untuk ubahsuai rumah ini dikatakan mencecah hampir 500k. Namun duit bukan ukuran kali ini, yang penting hasil ubahsuai dan juga semangat untuk mengubah rupa rumah terbengkalai tersebut menjadi rumah impian. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau.
Perjalanan pembinaan dan pengubahsuaian rumah terbiar yang dibeli ketika MCO 1.0Bermula dari lantai, swimming pool, porch, lantai sehingga ke finishing decoration, 100% suami & arwah ayah buatkan.Alhamdulillah siap semuanya, 7 bulan renovate, part swimming pool yang lambat siap. Siling, tile and cat semua hanya ambil masa sebulan lebih. Wiring dan barang eletrik 100% semua arwah ayah yang pasang termasuk auto gate dia pasang sendiri.
Gambar Asal Rumah Terbengkalai Pada Awal
Dari luar rumah masa first time pergi tengok rumah
Depan rumah sebelum kami tambah tempat letak kereta.
Bahagian tepi sebelum kami buat swiming pool
Keadaan ruangan ruang tamu kami ini sebelum ubahsuai dilakukan.
Ini merupakan tempat family area sebelum ubahsuai.
Pintu utama kami.
Bahagian dapur pula. Serius memang luas giler kawasan kampung sahaja ni.
Family area 2 sebelum
Pintu masuk depan selain yang pintu depan sebelum kami tutup
Ini pula merupakan suasan dan juga keadaan dibelakang rumah kami. Banyak sangat semak samun dan pokok kering.
Berikut merupakan bahagian ruang tamu yang sambung kepada ruangan family area.
Dari family area 2 nak ker dapur.
Dapur asal sebelum kami tutup tambah bilik dan tempat laundry. Dapur legend masib ada lagi. Boleh disimpan sebab barang klasik.
Gambar Terkini Selepas Ubahsuai Dilakukan
Ini merupakan permandangan pada luaran ditepi kolam renang
Ruangan Family Area 2
Bahagian Dapur
Dari family area 2 ke dapur, frame nak letak gambar family, tapi tak menyempat nak ke kedai gambar time pkp ni.
Dapur asal yang dahulu, kami tambah kan satu lagi bilik.
tempat laundry yang tidak seberapa. Tiada idea nak mendeko lagi
Tile suami tukar dengan vinyl corak marble. Kabinet guna yg asal cuma suami cat putih.
Dari dapur nak ke ruang family kami buat pintu sliding
Ruang Tamu
fFamily area ke 2, dulu ada pintu untuk keluar dekat sini kami tutup
Halaman rumah kami yang luas lepas cuci semak tu
Pada bahagian yang asal, ada pintu masuk, kami tutup terus
Sumber : Wan Adibah