Kebiasaannya apabila kita menyewa rumah sewa dan pertama kali pindah ke rumah tersebut, sesetengah dalaman tersebut mesti kosong dan sunyi kan? Terdapat juga beberapa rumah sewa ada juga dekorasi yang dah cantik dan ada juga yang kosong tiada apa-apa. Apabila kosong dan tiada dekorasi ini, kita mesti tidak selesa kan?
Seperti Gjoy San ini, beliau berpindah ke rumah sewa di Tg. Sedili pada 12 bulan lepas dan ingin mendekorasikan rumah tersebut. Beliau memilih dekorasi dengan gaya " Interior Minimalis " kerana beliau tidak mahu terlalu banyak barangan dan juga meminimumkan penggunaan perabot.
Antara faktor lain beliau memilih dekorasi ini adalah kerana bajet yang terhad. Dengan bajet yang terhad tersebut, beliau hanya mempunyai pilihan untuk dekorasi gaya minimalis yang simple-simple sahaja. Jom kita tengok hasil dekorasi rumah beliau.
Mula berpindah rumah sewa di Tg Sedili bulan lepas, sikit2 tambah perabot tapi tak nak byk sgt. Katanyer nak konsep minimalist, minimum perabot2 umah. Sebenarnya minimalist tuh malas nak kemas umah dan takda bajet. Kalau ada duit, reban ayam pun cantik.
Tikar buluh tersebut berharga RM49.90 ( Besar ) dan juga berharga RM32 ( Kecil ) di pasaraya Econsave. Meja tersebut adalah "Bar Table" yang berharga RM120 dibeli dari IKEA. Set kerusi dibeli di shopee.
Menurut beliau, rumahnya ada dicat sedikit. Kebanyakkan perabot dibeli dari Shopee, Mr.DIY, Kedai Eco dan juga IKEA. Semua hiasan khat kufi pula dibuat secara sendiri (DIY) kerana ia mudah untuk dibuat dan memerlukan modal yang sedikit.
Sumber : Gjoy San