Rumah Kecil Keluasan 450 Sqft Yang Cantik Didalam Kebun

Ditulis oleh

Rumah yang berada didalam kebun ini sememangnya jarang ada yang melakukannya namun jika dilakukan dengan betul pasti ianya akan cantik. Rumah dalam kebun tidak perlu besar. Cukuplah ia merupakan rumah kecil dengan keluasan 450 sqft.

Macam yang dikongsikan oleh Azurah Sohor ini, beliau ada berkongsikan beberapa keping gambar proses melakukan rumah kecil didalam kebun beliau. Perkongsian tersebut telah di muatnaikkan didalam grup Facebook bernama " Tukang Apa Hari Ini".

Menurut beliau lagi, kos keseluruhan dalam melakukan rumah kecil keluasan 450 sqft ini menelan kos sebanyak RM25k. Ia mengambil 50 hari untuk menyiapkan satu rumah kecil ini. Jika anda ingin melihatnya, jom kita tengok perkongsian daripada beliau.

Wanita Kongsikan Hasil Rumah Kecil Beliau Di Kebun Yang Keluasan 450 Sqft

Salam semua. Alhamdulillah Rumah kecik kami dalam kebun. Start buat 1hb jun (full lockdown) siap sepenuhnya 20hb (Raya Aidiladha) . Ambil masa 50hari untuk siap. Tukang & deco sendiri suami isteri.

Keluasan 450sqft bilik tidur 10x15. Bilik air 5x5. Kos keseluruhan termasuk perabut & barangan letrik RM25k. Bahan yang digunakan besi & cement board (prima). Tak boleh bercuti & balik kampung, bercuti dengan anak2 dalam kebun pon ok, tenang & nyaman

Rumah Kecil 450 Sqft

Rumah Kecil 450 Sqft

Proses Melakukan Rumah Kecil Di Kebun

Inilah dia kawasan dikebun yang kami ingin menjadi kan tapak ini sebagai rumah kecil kami.

Proses membuat tapak untuk rumah kami.

Selesai sahaja membuat tapak, sudah tiba masanya untuk melakukan tiang dan juga rangka rumah ini.

Rumah Kecil 450 Sqft

Abang welding kita yang kental.

Proses membuat lantai menggunakan simen.

Proses wiring juga perlu dilakukan dengan berhati-hati agar tidak tersalah pasang.

Rumah Kecil 450 Sqft

Untuk bahagian ruang tamu dan juga bilik tidur, kami menggunakan stiker vinyl untuk lantai kami ini.

Rumah Kecil 450 Sqft

Hasil Akhir Rumah Kecil Keluasan 450 Sqft Di Kebun

Tadaaaa!!! Ini lah dia hasil akhir rumah kecil yang sudah siap dilakukan. Jemput tengok dekorasi dalaman didalam rumah kecil kami ini. Bertemakan warna putih dan koko sememangnya nampak cantik dan menarik.

Rumah Kecil 450 Sqft

Rumah Kecil 450 Sqft

Rumah Kecil 450 Sqft

Rumah Kecil 450 Sqft

Rumah Kecil 450 Sqft

Rumah Kecil 450 Sqft

Sumber : Azurah Sohor

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Ogos 28, 2021
Dikemaskini pada
Ogos 28, 2021
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram