Membeli atau mendiami rumah subsale memang akan banyak perubahan perlu dilakukan untuk menjadikan rumah tersebut cantik seperti baru. Rumah subsale adalah rumah yang telah digunakan (Rumah tangan kedua) atau rumah yang telah lama ditinggalkan. Jadi sudah semestinya anda perlu mengubahsuai rumah jenis ini bagi memastikan dapat tinggal didalam keadaan yang selesa. Perkongsian pada kali ini adalah dari seorang wanita dan juga seorang isteri yang bernama Noorain Abdul Rahman. Perkongsian ini adalah mengenai renovate rumah sub sale low cost apartment guna gaya "moden simple"
Apa yang menarik untuk perkongsian kali ini adalah rumah subsle yang dibelinya itu sangat kelihatan lusuh dan suram dengan memperlihatkan ketidak selesaan jika mahu mendiami. Jadi pemilik rumah ini nekad untuk tukarkan rumah subsale lama tersebut dengan gaya dan konsep baru serta deco rumah yang baru dan kelihatan cantik.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian yang menarik ini mengenai ubahsuai dan deco rumah subsale jenis apartment.
Ubahsuai dan deco rumah sub sale low cost apartment. Biar rumah subsale janji kita jaga dan deko biar cantik untuk keselesaan diri sendiri dan isi rumah.
Ini adalah keadaan ruang bilik rumah subsale sebelum diubahsuai dengan baya baru yang cantik dan mewah.
Ini pula adalah keadaan ruang bilik rumah subsale setelah didiubahsuai dengan gaya baru.
Ini adalah keadaan rumah semasa proses ubahsuai dilakukan.
Ini adalah keadaan dapur rumah semasa sebelum diubahsuai dengan gaya baru.
Dan ini adalah keadaan dapur setelah siap diubahsuai.
Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco untuk kali ini. Semoga perkongsian ini dapat memberi inspirasi kepada anda dalam cuba untuk mendekorasi rumah subsale. Selamat mencuba.