Renovate Rumah Selepas 13 Tahun Mendiami Gaya Baru

Ditulis oleh

Pemilik rumah mana yang tidak mahu untuk tinggal di dalam keadaan rumah yang cantik dan lebih selesa. Lagi-lagi apabila rumah yang anda diami itu sudah hampir lebih sedekad. Walaupun rumah kediaman kecil dan tidaklah sebesar rumah orang lain, Itu semua bukanlah menjadi panghalang untuk anda dalam cuba untuk ubahsuai rumah lama anda. Perkongsian pada kali ini adalah dari Zalina Mohd Aziz. Perkongsiannya pula adalah mengenai renovate rumah selepas 13 tahun mendiami gaya baru.

Jom sama-sama kita saksikan gambar perkongsian yang ingin dikongsi oleh pemilik rumah ini.

Renovate Rumah Selepas 13 Tahun Mendiami Gaya Baru :

 

Alhamdulillah.
Rumah Kecil ku. Ini sahaja yang mampu.
Ini adalah semasa proses ubahsuai rumah sedang giat dijalankan.
deco rumah

Ini pula adalah semasa proses pemasangan mozek untuk lantai.

deco rumah Bahagian dapur sudah mula diubahsuai menjadikannya lebih cantik dan menarik. Dengan itu, sedikit sebanyak dapat memberi keselesaan apabila berada di dapur.

deco rumah

Proses diteruskan lagi dengan mengecat dinding rumah.

deco rumah

Ini pula adalah keadaan sebelum dan selepas ruang tamu rumah. Menarik bukan? Rumah yang mempunyai ruang terhad bukanlah menjadi penghalang untuk anda mengubahsuai rumah supaya cantik dan kemas.

deco rumah

Ini adalah keadaan sebelum dan selepas ruang dapur. Selepas diubahsuai ruang dapur rumah lebih kelihatan kemas dan sangat menarik walapun simple.

deco rumah
Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco untuk anda pada perkongsian kali ini. Diharap dengan perkongsian yang menarik ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam cuba untuk ubahsuai dan deco rumah supaya cantik dan menarik. Apabila anda memiliki rumah yang kemas, anda akan lebih selesa apabila tinggal disitu. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan selamat mendeco.
Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
September 25, 2021
Dikemaskini pada
September 25, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram