Pemilik rumah mana yang tidak mahu untuk tinggal di dalam keadaan rumah yang cantik dan lebih selesa. Lagi-lagi apabila rumah yang anda diami itu sudah hampir lebih sedekad. Walaupun rumah kediaman kecil dan tidaklah sebesar rumah orang lain, Itu semua bukanlah menjadi panghalang untuk anda dalam cuba untuk ubahsuai rumah lama anda. Perkongsian pada kali ini adalah dari Zalina Mohd Aziz. Perkongsiannya pula adalah mengenai renovate rumah selepas 13 tahun mendiami gaya baru.
Jom sama-sama kita saksikan gambar perkongsian yang ingin dikongsi oleh pemilik rumah ini.
Alhamdulillah.Rumah Kecil ku. Ini sahaja yang mampu.
Ini pula adalah semasa proses pemasangan mozek untuk lantai.
Bahagian dapur sudah mula diubahsuai menjadikannya lebih cantik dan menarik. Dengan itu, sedikit sebanyak dapat memberi keselesaan apabila berada di dapur.
Proses diteruskan lagi dengan mengecat dinding rumah.
Ini pula adalah keadaan sebelum dan selepas ruang tamu rumah. Menarik bukan? Rumah yang mempunyai ruang terhad bukanlah menjadi penghalang untuk anda mengubahsuai rumah supaya cantik dan kemas.
Ini adalah keadaan sebelum dan selepas ruang dapur. Selepas diubahsuai ruang dapur rumah lebih kelihatan kemas dan sangat menarik walapun simple.