Tinggal di rumah murah kos rendah bukanlah menjadi isu dan penghalang untuk anda dalam membuat ubahsuai rumah anda sendiri. Perkara yang paling penting jika mahu deco rumah adalah pengiraan bajet yang cukup. Hal ini kerana, dengan adanya bajet yang cukup anda mampu deco rumah anda mengikut kesesuaian dengan cara mampu milik. Perkongsian pada kali ini adalah dari Adawiah Mamat. Perkongsiannya adalah mengenai renovate rumah asal kos rendah orang tua harga 25k kepada konsep dan gaya deco bajet mampu milik.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian deco rumah yang menarik ini.
Sebelum Dan Selepas
Asal rumah kos rendah harga RM25 ribu sahaja dulu-dulu.
Rumah pertama kami sebelum beli yang kedua.
Asalnya rumah org tua sebelum mereka buat rumah lain di kampung.
Alhamdulillah deco bajet sikit-sikit hasil simpanan yang ada. Tak adalah deco wow sangat, biasa-biasa sahaja sesuai duduk bandar kecil.
Harap tak ada komen ada duit semua jadi ya. Semua orang struggle kumpul. Duit untuk impian masing masing. Anda tak duduk di kasut kami suami isteri siang malam bekerja kumpul duit siapkan rumah kami.
Kami kongsi deko ini adalah untuk berkongsi deko rumah murah kami sahaja.
Spread love
Ini adalah keadaan ruang makan sebelum diubahsuai.
Ini pula adalah keadaan ruang makan selepas diubahsuai.
Ruang tamu sebelum diubahsuai.
Ruang tamu selepas diubahsuai.
Ruang tamu menonton tv sebelum diubahsuai.
Ruang tamu menonton tv selepas diubahsuai.
Bilik tidur sebelum diubahsuai.
Bilik tidur selepas diubahsuai.
Keadaan luar pintu rumah sebelum diubahsuai.
Keadaan luar pintu rumah selepas diubahsuai.
Dapur sebelum diubahsuai.
Dapur selepas diubahsuai.