Bercerita mengenai rumah ruang terhad, rasanya semua dapat membayangkan bagaimana keadaan ruang rumah kediaman tersebut. Sejujurnya, tinggal dirumah ruang luas atau sempit sekalipun bukanlah menjadi penghalang untuk ubahsuai rumah mengikut keselesaan diri dan keluarga. Perkongsian pada kali ini adalah dari Nadhira Azahri. Perkongsiannya pula adalah mengenai renovate rumah apartment berusia 10 tahun gaya simple.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian deco rumah simple yang menarik ini.
Renovate rumah apartment yang sudah 10 tahun. Alhamdulillah
Dekorasi mengikut kesesuaian rumah anak-anak yang masih kecil.
Gambar pertama sebelum renovate.
Ini adalah keadaan ruang tamu rumah sebelum proses ubahsuai dilakukan.
Ini pula adalah keadaan ruang tamu rumah setelah selesai diubahsuai. Lantai yang digunakan adalah jenis Spc. Lampu "L Box Siling" pula adalah pakej semasa penukaran siling yang dilakukan oleh tukang.
Keadaan ruang makan setelah selesai diubahsuai.
Keadaan ruang solat setelah diubahsuai. Rak tersebut beli di kedai Pakistan harga dalam lingkungan rm100 sahaja.
Keadaan ruang santai selepas diubahsuai. Kerusi beli di kedai perabot.
Dapur ini pula ditambah kabinet dan lantai vinyl dengan kos anggaran dalam 2k.
Gambar yang terakhir ini adalah keadaan ruang laundry selepas diubahsuai. Biarpun ruang terhad tetapi susunan barangannya agak kemas dan rapi. Bak kata orang "biar simple janji kemas"
Setakat itu sahaja perkongsian makeover rumah pada kali ini. Diharap dengan perkongsian deco rumah yang cukup simple dan menarik ini sedikit sebanyak dapat memberi sumber idea dan inspirasi kepada anda dalam cuba untuk ubahsuai rumah kediaman anda.
Semoga bermanfaat dan Selamat Mendeco.