Dapat mengubahsuai dan deco dapur memang menjadi impian setiap suri rumah yang sentiasa menggunakan dapur untuk memasak kepada suami dan anak. Hal ini kerana, dengan memiliki dapur yang cantik dan kemas mampu menghadirkan suasana yang ceria. Bukan itu sahaja, dengan memiliki dapur yang baru dan cantik dapat memberi lebih semangat dalam untuk memasak kepada suami dan anak. Perkongsian pada kali ini adalah dari seorang wanita dan merupakan seorang suri rumah iaitu Zeety Zahirah Zulaikha. Perkongsian ini adalah mengenai renovate pecahkan dapur tukarkan kepada konsep mewah.
Menarik untuk perkongsian pada kali ini. Ini adalah kerana dari dapur yang kelihatan usang dan lama kini seratus peratus diubahsuai untuk menghasilkan dapur yang baru dengan deco dapur yang menarik.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian yang menarik ini.
Alhamdulillah siap renovate pecahkan dapur. Rezeki anak-anak. Sempt nak pakai time raya. Tapi simple je dapur kita ni. Kalau ade otai yang nak bagi pendapat untuk penambaikan dari segi decoration dipersilakan. kita budak baru belajar.Total renovation rm23K. lengkap grill tingkap dan awning belakang.Tapi masih menunggu tukang memasang grill dan awning.Sebab grill tingkap kena hantar ke Kilang untuk powder coat. In shaa Allah nanti tak ada la karat.
Keadaan dapur semasa proses.
Keadaan rumah semasa proses bangunkan dapur versi baru.
Keadaan dapur hampir siap.
Ruang dapur lama. Buat dining area. Dinding yang kosong itu tengah kumpul bajet nak beli TV letak dekat situ.