Setiap pemilik rumah mengimpikan untuk memiliki ruang dapur yang cantik, kemas dan tersusun. Tidak kiralah golongan muda ataupun sudah berusia, semuanya mempunyai minat yang sama. Apa yang membezakannya adalah cara mereka deco dapur mengikut kesesuaian, minat dan konsep yang diterapkan. Perkongsian pada kali ini adalah dari Ainon Sidi. Perkongsiannya adalah mengenai renovate dapur lama usang jadikan lebih berseri dan elegan.
Jom sama-sama ikuti perkongsian yang menarik ini.
Mak cik sudah siap renovate rumah. Inilah ruang dapur mak cik sebelum dan selepas. Kabinet belum siap lagi cuma rangka sahaja. Siap nanti makcik update. Mak cik buat sekadar yang mampu sahaja. Slow-slow.
Ini adalah keadaan ruang dapur sebelum proses ubahsuai dijalankan bagi menjadikanya lebih menarik dan kelihatan moden.
Ini pula adalah keadaan ruang dapur dari sudut pandangan lain sebelum proses ubahsuai dilakukan.
Ini adalah keadaan ruang dapur pada bahagian oven dan tingkat dapur sebelum proses ubahsuai mula dilakukan.
Ini adalah keadaan ruang dapur dan ruang makan selepas proses ubahsuai selesai dilakukan. Ternyata selepas diubahsuai kawasan ini lebih kelihatan menarik dan agak mewah serta cantik.
Walaupun deco yang dilakukan boleh dikatakan agak simple., tetapi hasil yang diperoleh boleh dikatakan agak kreatif dan elegan juga.
Malah, ini dapat menjadikan ruang makan ini lebih selesa untuk digunakan oleh mereka sekeluarga.
Setakat ini sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco kepada anda untuk perkongsian pada kali ini. Diharap dengan perkongsian yang menarik ini sedikit sebanyak dapat menyumbangkan sumber idea dan inspirasi kepada anda dalam cuba untuk deco rumah dan dapur anda. Semoga perkongsian ini bermanfaat.