Setiap orang menginginkan sebuah tandas yang cantik dan menarik untuk dipandangkan? Siapa yang suka akan sebuah tandas yang kotor dan kelihatan tidak cantik. Lebih-lebih lagi kalau tandas tersebut merupakan tandas yang lama. Jadi, eloklah lakukan sebuah renovasi tandas agar ia kembali kelihatan cantik dan moden.
Sebagaimana yang dilakukan oleh Azimah Zahiri ini. Beliau berkongsikan sebuah renovasi tandas beliau yang dilakukan bermodakan RM4K. Renovasi juga dilakukan disebabkan mangkuk tandas yang asalnya di posisi tidak elok. Ia menjadikan tandas kelihatan sempit. Inspirasi untuk lakukan renovasi ini juga diambil daripada pinterest.
Selepas 2 minggu akhirnya siap renovation toilet tingkat bawah rumah. Tema hitam putih dan juga menerapkan konsep minimalist.
Sumber ambil dari pinterest jer design simple sebegini. Lepas ni, nak mandi pun syok dan dah tak sempit nak melepas hajat. Selalunya sempit jer rasa.
Rupa Sebelum Dan Selepas Tandas Yang Dilakukan Renovate Ini
Inilah dia rupa tandas pada asalnya sebelum apa-apa renovasi dilakukan. Dahulu keadaan tandas sememangnya dalam posisi sebegitu membuatkan nak melepas pun rase sempit. Jadi, untuk proses renovasi ini, terfikir nak tukarkan posisi toilet bowl tersebut.
Tadaaaa! Inilah dia rupa bilik air yang sekarang. Dengan melihat pelbagai inspirasi daripada pinterest, maka terhasilnya rupa tandas sebegini. Bertemakan warna hitam putih memang kombinasi warna yang cantik.
Bahagian sinki dan juga cermin ni boleh dapatkan di shopee. Ia jual dalam satu set. Harga pun murah jer dan boleh pasang sendiri dirumah.
Pandangan tandas daripada luar nak masuk kedalam tandas ini.
Sumber : Azimah Zahiri