Renovasi menyeluruh sesuatu rumah merupakan kerja yang sangat penat. Ia selalunya memerlukan tenaga kerja yang banyak untuk melakukan sesuatu renovasi. Tambahan pula, apabila renovasi tersebut dilakukan pada kawasan rumah flat yang hanya keluasan 650 sqft.
Walaupun penat melakukan renovasi, ia tidak menghalang daripada Nor Awieda dan keluarganya membuat renovasi menyeluruh rumah flat 650 sqft mereka. Hasil renovasi tersebut telah dikongsikan oleh Nor Awieda didalam laman media Facebook.
Untuk mengetahui satu per satu renovasi yang dilakukan oleh Nor Awieda ini, jom kita tengok perkongsian yang dikongsikan oleh beliau ini. Pastinya anda akan terkejut dengan renovasi menyeluruh rumah flat 650 sqft ini yang berkonsep minimalis.
Flat 650sqt... Disini saya ingin kongsi hasil sebelum & selepas renovation.Selepas 10 tahun menginap..baru ada rezeki untuk renovate.Bayangkan 10 tahun tu perabut dah banyak, memang seksa reno rumah dengan barang2 rmh. So banyak saya letgo perabut2 lama
Keadaan Rumah Sebelum Renovasi Dilakukan
Berikut merupakan keadaan rumah asal kami yang telah punmenginap dirumah flat ini selama 10 tahun. Banyak barangan dan juga perabot pada masa ini. Untuk renovasi kali ini, banyak perabot kami sudah buang.
Keadaan bilik air yang dahulu. Kotor dan banyak mozek telah berkulat.
Keadaan dapur dahulu. Masa ni tak ada masa nak uruskan.
Proses memecahkan dinding antara ruang tamu dan dapur. Nak bagi nampak luas lagi keadaan disitu.
Proses melakukan wainscoting di setiap bahagian dinding menghala ke ruang tamu.
Bukan sahaja di dinding kami lakukan wainscoting, di sisi pintu pun kami buat asalkan nampak cantik dan elegan.
Hasil Akhir Renovasi Rumah Flat Kami
Inilah dia hasil akhir renovasi rumah kami yang telah pun selesai. Bahagian menghala ke ruang tamu.
Ini adalah bahagian ruang tamu kami. Ingin sangat menerapkan penggunaan bertemakan minimalis.
Tandas juga sudah nampak baharu.
Bahagian dapur sekarang juga telah tersusun dengan rapi.
Sumber : Nor Awieda