Lukisan Masjid Hamidiye Camii Cantik & Menarik

Ditulis oleh

Daripada Ibn Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sembahyang berjemaah adalah lebih utama (baik) daripada sembahyang bersendirian dengan dua puluh tujuh darjat”.

Pelbagai langkah dan cara dilakukan oleh pihak pengurusan masjid untuk menggalakkan lebih ramai orang datang ke rumah Allah. Begitu juga dengan salah sebuah masjid di Turki yang dikenali sebagai Masjid Lukisan Hamidiye Camii

Masjid Lukisan Hamidiye Camii, yang diilhamkan oleh ayat-ayat al-Quran untuk membantu mengingatkan orang ramai tentang keindahan syurga dan menambah rasa ketenangan untuk beribadah.

Lukisan Masjid Hamidiye Camii Cantik & Menarik :

Masjid Lukisan Hamidiye Camii
Masjid kecil cantik ini terletak di tengah bandar Kirsehir, Turki. Masjid ini telah menarik perhatian ramai orang dengan kecantikan lukisannya serta rekaan dalam masjid yang menarik.

Silingnya dipenuhi dengan lukisan langit dan awan yang cantik, ruang utama imam dilukis air terjun yang indah, pokok-pook di antara tingkap dan permaidaninya seakan-akan rumput.

Masjid :

Masjid Lukisan Hamidiye Camii
Masjid ini telah dibina pada tahun 1910 semasa zaman pemerintahan khalifah Uthmaniah di kejiranan Yenis dari Kirsehir. Diberi nama sempena nama seorang khalifah Islam, Amir al-Mu’minin Sultan Abdulhamid II Khan.
Namun, selepas beberapa dekad, masjid ini terbiar usang hingga dimamah anai-anai.  Kemudian, ianya telah dirobohkan oleh pihak berkuasa tempatan sebelum dibina semula dan diberi nama baru iaitu Hamidiye Camii.

Reka bentuk

Masjid Lukisan Hamidiye CamiiReka bentuk dan motif dalaman yang berbentuk artistik ini telah mendapat sentuhan dari seorang arkitek dar Azerbaijan. Menariknya lagi, ianya telah menjadi tarikan daripada orang ramai dari seluruh dunia. Sehingga masjid ini sentiasa dipenuhi oleh penduduk tempatan dan pelancong dari serata dunia.

Imam masjid, Sefa Ekinci berkata, “Semasa saya baru mula ditugaskan untuk menjadi Imam di masjid ini, saya telah mengkaji sejarahnya serta mengikuti perkembangan semasa tentang pembinaan masjid ini.
Apa yang unik bagi saya. Apabila pembina masjid memberitahu saya tentang bagaimana dia mendapat ilham untuk membina masjid. ini berlandaskan ayat Al-Quran dari surah Al-Baqarah.

 

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Disember 15, 2020
Dikemaskini pada
Disember 15, 2020
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram