Memiliki sebuah rumah yang cantik dan besar merupakan impian semua rakyat Malaysia. Tambahan lagi, jika rumah tersebut merupakan rumah teres 2 tingkat. Namun, jika rumah teres terbiarkan begitu sudah pasti banyak proses kerja-kerja baik pulih yang perlu dilakukan.
Usah risau jika rumah yang baru dibeli itu terbiar kerana ia masih lagi boleh dilakukan renovasi agar nampak lebih cantik macam yang dilakukan Ihsan Zainal. Beliau membeli sebuah rumah teres terbiar 2 tingkat dengan harga RM80k sahaja.
Menurutnya lagi, selepas membeli rumah tersebut, beliau terus melakukan lagi renovasi dengan perabot yang murah dengan bermodalkan RM40k. Melalui hasil renovasi yang dilakukan, rumah teres yang terbiar terus nampak cantik. Jom kita tengok perkongsian oleh beliau.
Bajet tak tinggi mana pun dan perabot juga beli yang murah jer. Saya beli rumah 2 tingkat ini dengan harga RM80K sahaja dan repair campur sekali dengan perabot semua bermodalkan RM40K. Jadi, total semua renovate rumah ini adalah RM120k.
Rupa Awal & Proses Melakukan Baik Pulih Keadaan Rumah Teres
Nak lakukan renovasi rumah ini bukannya senang. Ini merupakan keadaan rumah pada awal-awal saya datang kerumah ini. Pokok yang ada dihadapan rumah ini merupakan pokok-pokok jiran.
Keadaan dalaman rumah teres ini.
Proses renovasi rumah teres 2 tingkat ini dilakukan dengan melakukan pembaharuan pada bahagian depan rumah.
Hasil Baik Pulih Rumah Teres 2 Tingkat
Inilah dia hasil renovasi dan baik pulih rumah teres 2 tingkat ini. Saya kekalkan dengan warna putih kerana ia sangat nampak "clean" dan berseri.
Sumber : Ihsan Zainal