Rumah adalah tempat tinggal yang wajib anda jaga untuk keselesaan anda dan keluarga. Tanpa rumah tiadalah tempat untuk anda berteduh. Jadi tidak salahnya jika anda cuba untuk ubahsuai rumah lama anda jadikannya lebih menarik dan kelihatan mewah. Itu semua juga untuk keselesaan anda. Perkongsian pada kali ini adalah dari pemilik rumah yang bernama Norashikin Ekin. Perkongsiannya adalah mengenai projek wainscoting mirror rumah berusia 14 tahun guna konsep "all white".
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian menarik yang ingin dikongsikan ini.
Alhamdulillah. Di usia 37 Tahun, 14 Tahun sudah Syurga ku ini, tinggal beberapa tahun sahaja lagi selesai. Progress awal tahun akhirnya siap. Alhamdulillah. Moga rezeki miliki lagi satu teratak. Dengan izinnya. Amiin ya rabbal alamin.
Semua wascoting hasil kerja tangan pasang sendiri, suami isteri minat yang sama slow-slow deco sendiri.
Ini adalah barangan wainscoting yang digunakan untuk mengubahsuai rumah ini.
Ini adalah proses ketika memang wainscoting dan L box siling sedang giat dijalankan.
Ini adalah keadaan dinding semasa proses menyecat sedang dilakukan.
Ini juga adalah ketika proses mengecat tetapi gambar dari sudut pandangan berbeza.
Ini adalah keadaan ruang tamu rumah selepas proses mengecat dilakukan dengan memasang tv pada ruang dinding tersebut.
Ini adalah keadaan dalam bahagian pintu utama selepas ubahsuai selesai dilakukan.
Ini adalah keadaan dinding sebelum cermin pada dinding wainscoting dipasang.
Ini adalah keadaan dinding mirror wainscoting setelah selesai diubahsuai dengan cantik dan kelihatan agak kemas.
Ini adalah keadaan ruang hadapan rumah semasa proses ubahsuai dilakukan.
Ini adalah keadaan luar rumah setelah ubahsuai selesai dilakukan.