Di musim PKP ini, pasti ramai yang memanfaatkan masa terluang dirumah dengan melakukan aktiviti-aktiviti seperti deco rumah dan sebagainya. Tidak kiralah dari segi renovate rumah ataupun deco biasa sekalipun janji dapat menjadikan rumah anda lebih kelihatan menarik. Sama seperti yang dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Siti Noor Aisyah. Perkongsiannya adalah mengenai projek wainscoting pkp 3.0 guna barang shopee.
Oleh kerana semasa PKP ini pergerakan kita agak terhad, jadi mereka menggunakan peluang semasa keberadaan dirumah ini dengan melakukan wainscoting pada dinding rumahnya. Apa yang menariknya adalah barangan yang digunakan pula adalah dibeli secara online iaitu di platform aplikasi Shopee.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian deco rumah gaya wainscoting yang sangat menarik ini.
Aktiviti PKP 3.0 sebab tak dapat balik kampung. Big bos ajak tukar dinding rumah.
Kita ni tak ada rajin sangat. Sebab ye la nak kena alih barang semua. Tapi alhamdulillah pelan-pelan buat. Siap dalam sehari. Bajet tak ada la ribu-ribu, murah sahaja. Material gune pvc keras tu. Beli dekat Shopee je.
Ini adalah barangan yang dibeli dari Shopee.
Bagi yang bertanya mana nak beli. Di bawah ini link dia.
Ini adalah semasa proses pemasangan wainscoting pada dinding mula dilakukan pada bahagian bawah.
Proses pemasangan diteruskan pada bahagian atas pula.
Kemudian, Wainscoting tersebut dilekatkan dengan menggunakan pita pelekat supaya tidak tercabut sewaktu penampalan dilakukan dengan menggunakan gam Xbond.
Wainscoting pada bahagian bucu bawah.
Ini adalah hasil selepas proses pemasangan wainscoting pada ruang makan setelah selesai dilakukan dengan kreatif dan cantik.
Hasil wainscoting pada ruang tamu rumah.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat.