Isteri mana yang tidak berasa terharu apabila permintaannya untuk memiliki dekorasi rumah gaya baru dengan konsep wainscoting dan cermin ditunaikan oleh suaminya. Itu yang dilakukan oleh lelaki ini yang bernama Khairi Mukhtar, juga merupakan seorang suami dalam menghasilankan satu projek projek wainscoting cermin ruang tamu rumah untuk isterinya yang tercinta.
Berbebalkan sedikit pengalaman bertukang yang ada pada dirinya, beliau berjaya menjadikan rumah kediamannya yang kelihatan suram tersebut menjadi lebih ceria dengan konsep yang tersendiri.
Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian dekorasi menarik yang dihasilkan ini.
Seminggu nak siapkan, isteri terpengaruh dalam facebook. Jenuh nak buka wallpaper dinding. Semua guna kayu. Jangan mengidam benda lain sudah la, menggeletar tangan.
Ini adalah keadaan ruang tamu rumah sebelum diubahsuai.
Keadaan dinding perlu dikosongkan terlebih dahulu sebelum dicat dan dipasang wainscoting.
Bahagian bawah ruang tersebut mula dicat.
Cat yang digunakan itu jenama Jotun Essence Cover Plus.
Bahagian bawah yang telah selesai dicat putih itu ditutupi terlebih dahulu.
Kemudian, setelah wainscoting bahagian bawah tadi telah dicat dan kering, proses mengecat dinding atas dilakukan pula.
Pintu rumah sebelum dipasang wainscoting.
Gambar bahagian bawah dinding dan pintu setelah selesai dipasang wainscoting.
Langkah seterusnya pula adalah pemasangan divider untuk mengasingkan bahagian ruang tamu dan bilik.
Kayu divider tersebut telah dipasang.
Kemudian, cat bahagian divider tersebut.
Inilah hasil dekorasi ruang tamu setelah selesai diubahsuai.
Sangat cantik bahagian ruang tamu ini setelah diubahsuai.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfat.