Mempunyai bilik ruang sempit memang agak pening macam mana nak susun dan hias bilik supaya bersesuaian dengan bilik tersebut. Jadi untuk mengatasi masalah ini, cara yang paling simple adalah dengan membuat loteng dalam bilik berkenaan. Perkongsian pada kali ini adalah dari seorang pereka design dalaman rumah yang bernama Kyra Kirara. Perkongsiannya pula adalah mengenai projek makeover bilik ruang "terhad" jadikan bilik loteng.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian yang menarik ini.
Manfaatkan ruang yang besar dan tinggi digunakan untuk bina loteng. Atas letak katil, bawah main game, siap pasang tile satu bilik hasilnya cukup cantik dan menarik.
Ini adalah semasa proses pemasangan rangka loteng bilik tidur.
Pemasangan mula dilakukan secara berperingkat.
Selepas rangka dipasang, proses seterusnya pula adalah dengan melekatkan besi tersebut dengan memateri bahagian yang berkenaan.
Proses-proses pemasangan masih diteruskan lagi.
Siling pada bahagian bawah loteng mula dipasang bagi menjadikannya lebih menarik dan cantik.
Keadaan ruang pada bahagian atas selepas pemasangan siap dipasang.
Ini adalah keadaan bahagian pada tangga hampir siap dilakukan pengubahsuaian.
Ini pula adalah keadaan bahagian pada tangga selepas siap dilakukan ubahsuai.
Hasil akhir setelah selesai diubahsuai. Masalah bilik yang kelihatan sempit sebelum ini dapat diselesaikan dengan mudah hanya menggunakan cara seperti ini. Bilik akan lebih selesa dan luas.