Dapat membina rumah diatas tanah sendiri boleh dikatakan satu kejayaan besar buat seseorang individu itu. Hal ini kerana, untuk membina rumah tidak semudah seperti membina sebuah pondok. Selain itu, bajet yang dikeluarkan untuk membina rumah sendiri juga agak besar yang boleh mencecah ratusan ribu ringgit. Jadi, disebabkan itulah ia dianggap satu kejayaan besar buat anda. Perkongsian pada kali ini adalah dari Dukun Ghombau. Perkongsiannya pula adalah mengenai projek membina rumah banglo bermodalkan rm150k.
Menurut pemilik rumah yang baru dibina ini, anggaran kos yang dikeluarkan bagi pembinaan rumah ini adalah RM150K lebih. Rumah yang berkeluasan 1400sqft ini diberi kepercayaan 100% kepada kontraktor bermula dari pembelian barangan sehinggalah rumah ini siap dibina.
Tanpa berlengah lagi, jom saksikan beberapa gambar perkongsian setelah rumah ini siap dibina.
Alhamdulillah, siap akhirnya selepas 2 bulan tertangguh. Projek seterusnya deco pula.
Keadaan luar rumah setelah selesai dibina.
Pandangan lebih dekat luaran rumah itu.
Ini adalah bahagian sudut tepi rumah, bahagian belakang itu kawasan laundry.
Keadaan dalam rumah ruang bilik tidur.
Bahagian ruang tamu rumah. Ia belum dideco lagi, tetapi tetap kelihatan menarik.
Bahagian bilik air.
Ruang tamu pada waktu malam. Bahagian atas siling diterapkan konsep terkini iaitu L Box siling.
Itu sahaja perkongsian Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap dengan perkongsian menarik ini dapat membantu anda dalam mencari sumber inspirasi untuk melakukan dekorasi rumah. Semoga bermafaat.