Kadang kalau bercakap mengenai sebuah tempat outdoor untuk melepak ini sudah pastinya ramai yang mengingatkan sebuah gazebo diluar rumah kan? Tidak semua tempat melepak diluar rumah ini perlu dengan gazebo sahaja. Anda boleh melakukan juga sebuah ruang khas untuk tempat outdoor yang diidamkan.
Macam yang dilakukan dan dikongsikan oleh Taron Egerton ini. Beliau telah melakukan sebuah projek tempak melepak outdoor diluar rumah beliau sambil dibantu oleh beberapa pembantu cilik. Menurut beliau, projek ini telah dilakukan sewaktu pkp lagi.
Jom kita tengok hasil yang dilakukan oleh Taron Egerton ini.
Bila umum saja PKP terus order barang. Akhirnya siap jugak tempat lepak outdoor. Buat kerja 3 beranak.
Proses Melakukan Tempat Melepak Outdoor Di Halaman Rumah
Masa ni proses render tanah sedang dilakukan. Kelihatan hero-hero kecil pun datang tolong.
Tak ada compactor jadi kita siram dan pijak-pijak tanah.
Letakkan 4 keping BRC saiz 6 kaki x 10 kaki yang berharga RM160.
Rumah tepi kubur.
Proses melakukan bumbung sedang giat dijalankan.
Alhamdulillah, siap juga bumbung untuk tempat melepak outdoor ini.
Seterusnya ialah dengan menaikkan bata untuk menutup perkuburan di sebelah.
Untuk bahagian ini saya letakkan frame kayu untuk tujuan angin masuk. Saiz frame kayu ini adalah 8 kaki x 8 inci.
Selain frame kayu untuk lubang angin, ada juga buat lubang angin bata.
Kaunter lepak pula sedang didalam progress.
Masukkan kayu untuk dijadikan sebagai permukaan meja.
Grill ni dah lama tersimpan. Jadi, masanya telah tiba untuk pasang grill pada ruangan ini.
Siap sudah cat grill ini.
Untuk mencantikkan lagi bahagian ruang ini, kita masukkan sedikit deko-deko agar ruang ini nampak cantik dan menyerlah.
Alhamdulillah, siap juga tempat lepak yang diidamkan ini. Kalau pekena kopi O mesti nicee.
Sumber : Taron Egerton