Projek Melakukan Ruang Mini Garden Untuk Bahagian Rumah

Ditulis oleh

Pernah terfikir tak untuk mempunyai sebuah mini garden yang cantik dan menarik pada bahagian hadapan rumah? Dengan adanya ruang mini garden tersebut semestinya anda boleh berehat, melepak dan bersantai dengan tenang tanpa memikirkan apa-apa masalah.

Untuk melakukan sebuah mini garden ini bukannya susah pun macam yang dilakukan dan dikongsikan oleh Mohd Helmy Ismail ini. Beliau menunjukkan hasil projek diy ruang mini garden yang dilakukan ini untuk klien didalam ruang grup facebook Tukang Apa Hari Ini.

Perkongsian tersebut mendapat reaksi yang sangat positif dari ahli grup facebook tersebut. Proses dari awal sampailah hasil akhir ditunjukkan oleh Mohd Helmy Ismail ni. Ingin melihat hasil projek diy ruang mini garden ini? Jom kita tengok perkongsian daripada beliau.

Projek DIY Melakukan Ruang Mini Garden Untuk Klien Yang Dilakukan Ini Sangat Nampak Menyerlah

Idea mini garden untuk ruang tepi rumah klien.(Projek tahun lepas)

Bahagian Ruang Mini Garden Sebelum Dilakukan

Inilah dia bahagian tepi rumah klien yang ingin dilakukan sebuah mini garden yang cantik. Disebabkan nampak kosong jer dan tiada tarikan yang menarik, maka tercetusnya idea untuk lakukan ruang mini garden bersertakan dengan ruang untuk berehat pada bahagian tersebut.

Projek Mini Garden

Proses Untuk Melakukan DIY Projek Mini Garden Ini Dimulakan

Proses untuk melakukan ruang mini garden ini dimulakan.

Projek Mini Garden

Projek ini dimulakan dengan melakukan dinding pada bahagian tersebut agar lebih privasi sedikit.

Ini adalah bahagian pembahagi ruang. Nanti kita saksikan hasil akhir untuk mengetahui lebih lanjut.

Projek Mini Garden

50% dah siap separuh. Sekarang untuk melakukan baki lagi 50% untuk menampakkan lagi ruang mini garden ini.

Dah siap sepenuhnya untuk bahagian dinding ini, sekarang kita simenkan lantai tersebut untuk menyerlahkan lagi rupa mini garden ini.

Projek Mini Garden

Selesai sudah memasang tiles pada bahagian ruang tersebut.

Projek Mini Garden

Hasil Akhir Projek Ruang Garden Mini Yang Dilakukan Ini 

Alhamdulillah, siap juga akhirnya bahagian ruang mini garden yang dilakukan ini. Bukan sahaja mini garden namun ia juga boleh dijadikan sebagai tempat untuk berehat atau lepak waktu-waktu petang.

Untuk mecantikkan lagi bahagian ini, kita letakkan tanaman yang cantik-cantik agar betul-betul nampak macan sebuah kebun.

Projek Mini Garden

Pandangan pada waktu malam.

Projek Mini Garden

Pandangan daripada atas.

Projek Mini Garden

Dengan meletakkan rumput karper dan juga batu hiasan putih ni sememangnya banyak membantu menyerlahkan deko pada bahagian ini.

Projek Mini Garden

Projek Mini Garden

Sumber : Mohd Helmy Ismail

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Disember 13, 2021
Dikemaskini pada
Disember 13, 2021
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram