Indahnya kalau ada sebuah ruangan loteng yang cantik dan menarikkan dirumah. Boleh dijadikan tempat tersebut sebuah tempat untuk berehat, tengok tv dan sebagainya. Jadi, apa kata lakukan sahaja sebuah projek loteng DIY macam yang dilakukan oleh Lan Roslan ini.
Beliau melakukan sebuah loteng yang cantik dirumahnya secara DIY sahaja dan juga diy tersebut dilakukan 100% hasil usaha beliau. Impian untuk membuat loteng ini datang hanyalah daripada lukisan sehelai kertas sahaja yang dilukis oleh beliau.
Sekarang, impian tersebut telah pun dapat direalisasikan dengan hasil beliau sendiri. Jadi, kepada anda yang ingin melihat bagaimana projek ini dilakukan. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau ini.
Alhamdulillah. Siap jugak akhirnya projek loteng diy ini. Saya buat simple-simple sahaja. Terima kasih sifu Alonc Azrun dan juga sifu Mohd Nazri Atan dalam tunjuk ajar saya melakukan projek loteng ini.
Betul-betul ngam-ngam siap time raya korban haritu. Apapun Selamat Hari Raya Aidiladha kepada anda semua. Semoga setiap amalan kita menjadi satu ibadah.
Proses Melakukan Projek Loteng DIY
Projek dilakukan dengan melakukan beberpa rangka untuk diadikan tapak loteng tersebut.
Selesai sudah pemasangan besi untuk rangka tapak loteng tersebut.
Beralih pula kepada proses membuat rangka untuk bahagian tangga pula.
Siap rangka, kita pergi pula kepada proses memasang tangga tersebut pada dinding.
Kayu besar ini dipotong agar ia muat untuk dijadikan sebagai lantai loteng.
Selesai sudah bahagian memasang lantai untuk loteng tersebut. Yang tanya kukuh atau tidak boleh tengok pandangan bawah loteng ini.
Hasil Akhir Dan Dekorasi Kawasan Loteng Tersebut
Selepas hampir berhempas pulas dalam melakukan DIY ini, akhirnya siap juga projek loteng diy ini. Berkat usaha dan juga tunjuk ajar daripada orang lain, mampu untuk membuat loteng dirumah sendiri ini.
Sumber : Lan Roslan