Setiap penghuni rumah ini sudah pastinya akan melakukan sebuah laundry corner atau juga ruangan landry di setiap sisi rumah. Kadang dengan mengasingkan ruangan laundry ini memudahkan kita untuk melakukan kerja-kerja membasuh baju dengan mudah, cepat dan senang.
Seperti yang dikongsikan oleh Tina Rozubi ini, beliau telah mengambil inisiatif untuk mencantikkan bahagian laundry corner dirumah beliau dengan cara DIY. Caranya adalah dengan melakukan sebuah lukisan seakan-akan batu bata pada bahagian dinding tersebut.
Jom kita lihat bagaimana proses diy ini dilakukan dan apakah bahan-bahan diperlukan untuk membuat proses tersebut.
Project laundry corner
Kedai batu bata banyak tutup, so kat lukis jelah. Mendobi perlu good mood ualss!
P/s : Sidai baju di ampaian bwh matahari yer, baru baju ranggup & tak ada kuman.
Proses Untuk Melakukan DIY Laundry Corner Lukisan Batu Bata
Bahagian laundry corner kami yang asalnya tanpa apa-apa projek atau ubahsuai dilakukan. Yang asal dah okay namun untuk nampak lebih berseri-seri, projek laundry corner akan dilakukan.
Proses dilakukan dengan mengecat bahagian ini dengan warna oren. Sebab nak buat ala-ala dekorasi batu bata, warna oren sememangnya menjadi pilihan.
Nak beli batu bata sekarang harga terlampau mahal. Jadi, solusi yang lain adalah dengan melukis agar ia kilihatan seakan-akan batu bata. Jimat kos dari beli batu bata tapi kena rajin sikit lukis semua ini.
Gigih melukis. Hasil tu semakin nampak.
Selepas siap semua proses mengecat dan melukis batu bata ini. Susunkan balik semula mesin basuh dan letakkan sedikit dekorasi yang cantik macam pokok-pokok bunga untuk kelihatan menawan.
Alhamdulillah, siap juga diy bahagian laundry corner ini. Gambar dibawah ini adalah pandangan daripada bahagian dalam rumah. Simple sahaja proses dilakukan ini namun pandangan bahagian ini sekarang dah cantik.
Sumber : Tina Rozubi