Salam semua ahli kumpulan. Projek diy kabinet tv. Material murah dan senang nak tukang untuk nubis macam saya chipboard dan blockboard aje lah.
Bahan-Bahan Diperlukan Untuk Projek Kabinet TV Ini
Langkah-Langkah Dalam Membuat Kabinet TV Murah Kualiti Tinggi
Kabinet TV sebelumnya. Kabinet pun umur dah 13 tahun. Asal lengkap kabinet tv material mdf, faham² aje lah.
Lakukan draf untuk potongan papan, lubang hinges, dan abs.
Papan marble baru sampai, kita susun dulu.
Tengah membuat rangka bawah. Lekat ke dinding guna kayu 1½"x2½" dan bracket besi L.
Cek pintu utk pastikan ukuran ngam sblm pasang rangka ke dinding.
Terpaksa tebuk sikit untuk beri laluan kepada plug point.
Prosess membuat rangka sedang dijalankan.
Permukaan beam tidak rata. Terpaksa ketuk beam sikit untuk masukkan rangka atas. Barulah ngam.
Siap juga bahagian rangka ini. Letak di sebelah walaupun tak siap dah nampak cantik.
Pasang rangka alas dengan lebihan papan yang ada je. Cara paling mudah untuk dapatkan pemasangan yang baik.
Pasang pintu dan setup hinges ni paling leceh untuk dilakukan. Kalau banyak pintu maka banyaklah kena buat.
Done pasang pintu.
Pasang led strip belakang tv.
Tadaaaa! Siap dah pasang led strip belakang tv. Kita sambung ker proses seterusnya.
Untuk wall panel kabinet tv ni pastikan guna fluted panel. Kelebihannya adalah cantik, senang pasang, material lembut mudah nak potong dan raut ikut bentuk.
Untuk lekatkan fluted panel ni hanya gunakan gam jenama X-Bond jer. Tu pun dah lekat dengan kuat.
Hasil Akhir DIY Kabinet TV Yang Dilakukan
Akhirnya siap juga ahirnya kabinet TV yang dilakukan ini. Walaupun proses memakan masa dan tenaga namun hasil akhir kabinet tv sememangnya kelihatan sangat premium dan berkualiti tinggi.
Sumber : Mohd Zalman