Bercakap mengenai hiasan hadapan rumah ini sudah pastinya ramai mempunyai idea yang tersendiri. Ada yang menghiasinya dengan meletakkan pokok bunga, menanam rumput karpet dan sebagainya. Namun, untuk Mohd Sani ini beliau lakukan hiasan hadapan rumah beliau dengan menggunakan batu bata merah.
Dengan penggunaan batu bata merah ini mampu menaikkan lagi kecantikkan pada bahagian hadapan rumah tesebut. Asalnya ingin menggunakan paver block namun kos yang tinggi menjadi penghalang. Apapun jom kita tengok perkongsian daripada Mohd Sani ini proses dalam melakukan hiasan hadapan rumah ini.
Dekorasi halaman luar pagar
Asalnya nak tutup dgn Paver Block, tapi kos yang tinggi (rm600++ satu pallet + kos penghantaran rm300) juga kesukaran untuk dapatkan supplier, so saya bertukar kepada penggunaan Bata Merah dgn kos rm250 satu pallet termasuk penghantaran.
Tanah luar pagar rumah adalah rezab. Tidak boleh buat binaan kekal, so tutup pakai batu adalah bersifat sementara dan tidak melanggar peraturan kecil majlis perbandaran.
Saya sudah merujuk pada pihak berkaitan, asalkan dijaga kemas, tidak menganggu hak jiran tetangga dan org ramai, tak menjadi masalah.
Dekorasi Hiasan Hadapan Rumah Yang Cantik Gunakan Bata Merah
Keadaan hadapan rumah sebelum ini. Yang sebelum ini cuma ada rumput-rumput sahaja.
Untuk melakukan projek ini, buangkan terlebih dahulu rumput-rumput ini macam didalam gambar ini.
Lakukan sehingga tiada pun rumput yang tertinggal.
Proses seterusnya pula ialah dengan meletakkan pasir simen kasar untuk tujuan menutup bahagian tanah tersebut.
Selepas letakkan pasir tersebut, pastikan anda ratakan dan padatkan pasir tersebut sebegini.
Kini sudah tiba masanya untuk menyusun batu bata yang telah sampai ke rumah ini.
Nak susun satu-satu ni memakan masa sedikit namun hasilnya cantik selepas siap.
Hasil Akhir Dekorasi Halaman Depan Rumah Yang Dilakukan
Alhamdulillah. Inilah dia hasil deko pada bahagian halaman rumah yang dilakukan ini. Simple jer yang dilakukan ini. Baru nampak cantik sikit bahagian hadapan rumah ini.
Sumber : Mohd Sani Soid