Projek DIY Wall Mirror Dan Shiplap Wall Permintaan Dari Isteri

Ditulis oleh

Suami mana yang tak sayang isteri kan? lagi-lagi perkara yang kita buat itu dapat membahagiakan isteri sudah cukup. Itu yang dilakukan oleh Asri Mohamad Yunus, beliau sanggup memenuhi permintaan isteri tercinta yang ingin mengubahsuai rumah kediaman dengan melakukan projek diy wall mirror dan shiplap wall.

Dengan melakukan perubahan pada rumah kediaman, setidaknya anda akan dapat tinggal di dalam keadaan yang selesa dan lebih ceria. Selain itu, sebelum ini dinding rumah anda kelihatan agak kosong dan tidak menarik, jadi selepas melakukan projek diy wall mirror sebegini anda akan dapat hasilkan ruang tamu dan ruang makan dengan cara dan gaya lebih menarik.

Jom ikuti perkongsian diy yang sangat menarik ini.

Projek DIY Wall Mirror Dan Shiplap Permintaan Dari Isteri

 

Permintaan dari isteri nak wall mirror dan shiplap wall.
Siap jugak walaupun perlahan-lahan buat secara diy.

 

Ini adalah keadaan dinding atas sebelum projek diy wall mirror dilakukan. Untuk bahagian bawah dinding pula, proses diy telah selesai dilakukan shiplap wall.

mirror wainscoting

Pandangan dari sudut perspektif bahagian dinding yang ingin dilakukan projek diy wall mirror tersebut.

mirror wainscoting

Proses pemasangan wall mirror mula dilakukan. Selepas siap dipasang, kemudian bingkai wainscoting itu dicat dengan warna putih.

mirror wainscoting

Proses mengecat bingkai dinding wainscoting selesai dilakukan.

mirror wainscoting

Inilah hasil akhir projek diy yang dilakukan oleh lelaki ini khas buat isteri tercinta. Sangat cantik dan menarik projek yang dilakukan ini. Kreatif betul kan?

mirror wainscoting

Itu sahaja perkongsian Giler Deco pada kali ini. Diharap dengan perkongsian projek diy yang menarik ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam cuba untuk melakukan projek secara sendiri.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Oktober 23, 2021
Dikemaskini pada
Oktober 23, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram