Suami mana yang tak sayang isteri kan? lagi-lagi perkara yang kita buat itu dapat membahagiakan isteri sudah cukup. Itu yang dilakukan oleh Asri Mohamad Yunus, beliau sanggup memenuhi permintaan isteri tercinta yang ingin mengubahsuai rumah kediaman dengan melakukan projek diy wall mirror dan shiplap wall.
Dengan melakukan perubahan pada rumah kediaman, setidaknya anda akan dapat tinggal di dalam keadaan yang selesa dan lebih ceria. Selain itu, sebelum ini dinding rumah anda kelihatan agak kosong dan tidak menarik, jadi selepas melakukan projek diy wall mirror sebegini anda akan dapat hasilkan ruang tamu dan ruang makan dengan cara dan gaya lebih menarik.
Jom ikuti perkongsian diy yang sangat menarik ini.
Permintaan dari isteri nak wall mirror dan shiplap wall.
Siap jugak walaupun perlahan-lahan buat secara diy.
Ini adalah keadaan dinding atas sebelum projek diy wall mirror dilakukan. Untuk bahagian bawah dinding pula, proses diy telah selesai dilakukan shiplap wall.
Pandangan dari sudut perspektif bahagian dinding yang ingin dilakukan projek diy wall mirror tersebut.
Proses pemasangan wall mirror mula dilakukan. Selepas siap dipasang, kemudian bingkai wainscoting itu dicat dengan warna putih.
Proses mengecat bingkai dinding wainscoting selesai dilakukan.
Inilah hasil akhir projek diy yang dilakukan oleh lelaki ini khas buat isteri tercinta. Sangat cantik dan menarik projek yang dilakukan ini. Kreatif betul kan?
Itu sahaja perkongsian Giler Deco pada kali ini. Diharap dengan perkongsian projek diy yang menarik ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam cuba untuk melakukan projek secara sendiri.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.