Ibu-bapa mana yang tidak berasa gembira apabila memiliki anak-anak yang rajin dan suka membantu orang tuanya. Jika anda memiliki anak yang ringan tulang selalu membantu anda dalam melakukan kerja-kerja dirumah anda sangat beruntung. Perkongsian pada kali ini adalah dari Muamar Ghadaffy Anuar. Perkongsiannya pula adalah mengenai projek diy wainscoting ruang tamu bersama askar cilik.
Jom sama-sama ikuti perkongsian yang sangat menarik.
Selamat la ramai askar-askar terlatih tolong cat. Baru siap hari ini, Esok sudah kerja. Buat kerja wainscoting ini memang penat sebab kena ukur, kena potong, kena gam, kena tampal kena cat undercoat selepas itu cat finishing. Tetapi, bila nampak hasilnya rumah pun berubah jadi ala-ala modern klasik.
Terima Kasih ya group ini kerana dapat la saya cari ilham sedikit sebanyak.
Dinding ruang tamu sebelum diubahsuai.
Dibantu oleh anak-anak yang ringan tulang dan sangat rajin.
Bahagian dinding ruang tamu ini setelah selesai dipasang wainscoting pada dinding. Beliau beli dekat kedai hardware. 12mm x 43mm x 8ft kayu fingerjoint. Rm 3.20 sebatang. Biasanya semua kedai hardware ada menjual kayu ini. Tetapi, kayu ini banyak kerja sikit. Ia perlu banyak kena gosok dengan kertas pasir. Kalau nak senang beli terus kayu pvc wainscoting yang potong terus tampal sahaja dan tak perlu gosok.
Mereka bekerjasama dalam mengecat bahagian dinding ruang tamu tersebut.
Cat putih yang digunakan adalah Nippon Paint 7 liter berharga RM33.
Pendapat Netizen : Shiplap/winscoting itu sepatutnya lebih tinggi dari aras mata untuk nampak luas, dari lantai 4 kaki sebelum border, macam kelihatan tergantung.
Rumah ini terletak dikawasan teluk panglima dan keadaan rumah pula jenis siling setinggi 14 kaki. Ukuran kayu yang digunakan adalah 8 kaki sahaja.
Dinding accent wall ini dicat dengan cat jenama Nippon Paint berkod BGG 1590D Turkish tiles.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat.