Projek DIY Wainscoting Dinding Bawah

Ditulis oleh
"Benda boleh buat sendiri buat apa nak upah orang buat diy wainscoting". Itu kata-kata yang keluar dari mulut lelaki ini apabila bercerita mengenai wainscoting. Perkongsian kali ini adalah dari Mea Edie. Perkongsiannya pula adalah mengenai projek DIY wainscoting dinding bawah dan sambil itu kita merungkai persoalan lazim mengenai cara basic lakukan wainscoting.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian yang menarik ini.

Projek DIY Wainscoting Dinding Bawah :

 

Kita Mulakan dengan projek diy rumahnya terlebih dahulu.

Ini adalah peralatan yang digunakan :

Proses potong kayu.

Gam X bond dilekatkan pada kayu yang dipotong tadi.

Kayu dilekatkan pada dinding.

Keadaan rumah setelah selesai proses wainscoting.

Cat digunakan adalah Jotun majestic.

Soalan Lazim Yang Sering Ditanya Oleh Orang Yang Baru Berjinak :

Antara soalan-soalan yang saya terima sejak hari tu. Ini saya kongsi untuk semula.

 

  1. Salah satunya adalah Mana nak cari kayu wainscoting ni?
    - Cari di kedai hardware yang agak besar, selalunya yang ade jual pasir & kayu. 
  2. Nak cakap macam mana dengan apek tu?
    - Cakap kat dia nak kayu bunga

    (kalau cakap nak kayu wainscoting harapan tipis nak jumpa. Sebab dia pun tak paham ape wainscoting tu ape mende kayu )

    - Pilih la kayu yang cantik-cantik dan lurus untuk mudahkan kerja kita.

  3. Berapa harga kayu ni?

    - Yang besar rm12-14
    - Yang kecik Rm4-6

    - Harga bergantung pada kedai.

  4. Berapa panjang kayu ni?

    - Sebatang 7 kaki.

  5. 7 kaki tu panjang mana?

    - Paling simple nak agak. Cuba melangkah setiap langkah lebih kurang 1 kaki, langkah la macam melangkah kat bazar ramadhan. Bukan melangkah bila dah dengar azan.

  6. Kene potong sendiri ke?

    - Ya, kalau suruh dia potong, baik suruh je apek tu buat semua sampai habis.

  7. Kayu nak kene gosok bagi licin ke?

    - Ya, kena gosok sikit bagi licin, guna kertas pasir no2.

  8. Nak tampal pakai gam ke paku?

    - Guna gam pun boleh. Calit sikit-sikit sahaja. kalau banyak nanti comot terkeluar lebihan gam masa menampal.

    - Lepas tu tampal guna masking tape biar dia kering. Saya lebih selesa guna paku.

  9. Berapa lama kering gam tu?

    - Nak tunggu 2-3 hari pun boleh tapi dia kering dalam 10 minit je.

  10. Paku tu untuk ape?

    - Paku digunakan jika dinding tak rata. gam lambat kering.

  11. Paku berapa panjang?

    - Beli yang 1 inci cakap kat dia nak paku simen. Harga sekotak rm3.50.

  12. Ada berapa biji paku dalam kotak?

    - Kira sendiri. tak lalu nak kira.

  13. Yang lubang-lubang tu nak tutup guna ape?

    - Guna wood sealer sebotol rm8 ada warna putih dan coklat. Comot sikit tak apa lepas tu gosok guna kertas pasir bagi licin.

  14. Yang macam pistol tu ape?

    - Itu namanya sesiku L. Di gunakan untuk dapakan sudut 45 & 90darjah.

  15. Apa formula & ukuran?

    - Guna 4 inci setiap jarak dari lantai dan di antara kotak dan kotak.

  16. 1 dinding berapa kotak?

    - Terpulang kalau rajin potong dan gosok buat la berapa banyak kotak pun.

  17. Guna cat minyak ke cat air?

    Saya guna Cat Jotun majestic. Tak tau minyak ke air.

Sekian terima kasih

Selamat mencuba sharing is caring

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
September 18, 2021
Dikemaskini pada
September 18, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram