Sejak kebelakangan ini, sudah ramai pemilik rumah mula berjinak-jinak dalam dunia deco lebih-lebih lagi dengan cara diy. Hal ini kerana, apabila melakukan sendiri dengan cara diy, setidaknya dapat berjimat cermat dalam mengeluarkan bajet untuk ubahsuai rumah. Perkongsian pada kali ini adalah dari Siti Mariam Bahar. Perkongsiannya pula adalah mengenai diy sendiri wainscoting cermin ruang tamu bawah tangga dan depan pintu utama.
Jom sama-sama ikuti perkongsian yang sangat menarik ini.
Assalamualaikum semua.
Hanya nak kongsi kami suami isteri diy sendiri wainscoting dan mirror dekat dinding ruang tamu, bawah tangga dan depan pintu utama. Sehari sahaja sudah siap. Walaupun penat tapi amat puas hati dan rasa berbaloi sebab outcome dia cantik.
Semoga jadi inspirasi semua. Terima Kasih.
Ini adalah bahagian dinding ruang tamu sebelum proses ubahsuai secara diy dilakukan.
Mula-mula anda perlu buat lakaran terlebih dahulu, untuk konsep dan gaya yang ingin dibuat pula, anda boleh ikut kreativiti anda.
Selepas itu, pasang chair rail duhulu.
Bahagian dinding semasa proses-proses pemasangan chair rail dilakukan.
Proses pemotongan wainscoting pvc sedang dilakukan.
Seterusnya pula adalah proses pemasangan cermin. Apabila cermin sudah ditampal, anda perlu pakai pita pelekat supaya wainscoting tersebut tidak bergerak dan jatuh.
Keadaan ruang tamu selepas proses ubahsuai cara diy selesai dilakukan.
Bahagian dinding selepas wainscoting bawah tangga selesai dilakukan.
Bahagian ayat kufi dekat bismillah dibuat frame wainscoting untuk naikkan seri.
Itu sahaja perkongsian Giler Deco untuk anda pada kali ini. Semoga perkongsian projek diy ini bermanfaat untuk anda. Selamat mendeko.