Memiliki ruang dapur yang mempunyai ruang pantri memang menjadi idaman setiap suri rumah. Dengan adanya ruang pantri, ia akan lebih memudahkan anda dalam menyusun barangan, perkakasan dan rempah ratus di dapur rumah anda. Perkongsian pada kali ini adalah dari Nur Amani Abdul Rani. Perkongsiannya pula adalah mengenai projek diy guna rak IKEA hasilkan ruang pantri.
Jom ikuti perkongsian yang menarik ini.
My small pantry
Expectations vs reality
PKP haritu nak panggil tukang tak boleh, kodek-kodek pinterest dapat idea guna rak IKEA sahaja.
Sangat Jimat.
Jadi la my small pantry area.
Hari-hari kelebek ni pun dah bahagia.
Saya suka organize-organize barang ni, tak tidur pun tak apa.
Mula-mula beliau tunjuk gambar pinterest ini dekat encik suami. Suami kata "ruang tak cukup sayang nak buat macam ini".
Ini adalah semasa proses unboxing rak yang dibeli di IKEA.
Ini pula adalah semasa proses mengukur keluasan rak yang ingin dijadikan rak ruang pantri tersebut.
Proses pemasangan rak sudah hampir siap dilakukan.
Walaupun tak cukup ruang, tetap gigih buat untuk isteri tersayang. Setiap suami pasti mempunyai sifat seperti ini. Tetap cuba tunaikan hasrat isteri. Anda sebagai isteri bolehlah bersyukur jika dapat suami seperti ini.
Hasil deco ruang pantri selepas selesai dilakukan diy.
Pandangan dari sisi ruang pantri setelah barangan dimasukkan.
Pandangan dari sudut hadapan keadaan susunan barangan dapur yang sangat teratur.
Itu sahaja perkongsian Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap dengan perkongsian yang menarik ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mencari idea dan sumber inspirasi untuk deco ruang pantri anda.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.