Memiliki pasangan hidup yang pandai bertukang dan kreatif boleh dikatakan satu kelebihan buat anda dan keluarga. Hal ini kerana, segala ubahsuai dan dekorasi dalaman rumah dapat dilakukan sendiri tanpa perlu mengupah orang. Selain itu, kos yang dikeluarkan untuk mendekorasikan rumah juga lebih jimat dari mengupah orang. Perkongsian pada kali ini adalah dari seorang isteri yang bernama Nor Aini HS. Perkongsiannya pula adalah mengenai projek diy diamond mirror pada bahagian dinding.
Jom sama-sama kita saksikan perkongsian deko cara diy yang menarik dan kreatif ini.
Nasib baik suami serba boleh. Jimat duit dia buat sendiri sahaja. Kita tolong tengok sahaja. Nak siap itu berjam-jam juga.
Bahan dan peralatan yang digunakan. Cermin diamond ini dibeli dari kedai Valoobuy. Selain dari Valoobuy, dekat Shopee pun ada menjualnya juga.
Ini pula adalah semasa pemasangan bingkai untukk diletakkan cermin diamond tersebut.
Kerja pemasangan cermin tersebut sudah hampir siap dilakukan.
Inilah hasilnya setelah cermin siap dipasang. Walaupun hanya melakukan secara DIY, tetapi hasilnya tetap cantik dan begitu kemas.
Keadaan cermin bahagian ruang tamu dari sudut pandangan penuh.
Itu sahaja perkongsian projek diy ruang tamu yang dihasilkan pada kali ini. Diharap dengan perkongsian menarik ini sedikit sebanyak dapat memberikan inspirasi kepada anda dalam melakukan kerja-kerja DIY Seperti ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.