Sebagai seorang yang sukakan game ini atau dikenali sebagai Gamer ini sudah semestinya setiap gamer menginginkan sebuah diy bilik gaming sendiri yang cun dan stylo kan? Mempunyai bilik gaming sendiri ini ibarat merupakan syurga bagi seorang gamer.
Dengan setup bilik gaming dan aura “gaming” yang kuat, mana tau ia meresap ke dalam diri anda membuatkan anda lebih bersemangat untuk bermain game ke peringkat yang lebih jaya.
Jadi, perkongsian daripada lelaki yang bernama Alffian Jasni ini menunjukkan bagaimana untuk melakukan DIY dekorasi bilik gaming beliau. Untuk dijadikan inspirasi, jom kita tengok perkongsian daripada beliau ini.
D I Y | Game station room for my kiddo
Disebabkan anak perempuan ini suka sangat main game, jadi apa kata kita lakukan sebuah bilik gaming yang cantik untuk beliau
Ramai tak caya bahawa bilik gaming ini adalah untuk kiddo perempuan saya. Saya dah update pic kiddo girl saya tengah main game genshi impact
(Hahahaha... jangan pecaya, just mengaburi pihak musuh)
Proses Untuk Melakukan DIY Bilik Gaming Dijalankan
Barang-barangan untuk "anak tersayang" yang akan diangkut selepas projek bilik gaming ini siap.
Projek dimulakan dengan memasang bracket tv pada dinding. Kira-kira saya letakkan dua skrin pada dinding ini.
Kita beralih pula kepada proses memasang rak terapung untuk tujuan meletakkan barangan gaming sebagai perhiasan.
Sudah hampir 50% selesai. Masa ni adalah proses melakukan cable management untuk menyembunyikan wayar yang tersirat.
Ruangan kosong alik kanan pula adalah tempat untuk meletakkan rak 4 layer daripada IKEA Detolf.
Kita kasi boot up dulu ps4 nak tengok hasil yang dilakukan setakat ini.
Hasil Akhir Dekorasi Bilik Gaming Yang Dilakukan
Tadaaaa! Inilah dia hasil diy dan dekorasi bilik gaming yang dilakukan oleh saya. Dah lama mengindamkan bilik gaming ini. Hanya mampu lakukan untuk anak tersayang sahaja. Hukhuk.
Memang tak ingat dunia dah apabila main game ni. Hehe.
Sumber : Allfian Jasni