Wanita Ini Lakukan Sendiri Projek DIY Batten Wall

Ditulis oleh

Rumah yang mempunyai anak kecil, memang kawasan dinding sering kali menjadi tempat mereka berkarya. Namun, menconteng dinding itu boleh dikatakan hanyalah perkara biasa, tetapi, perkongsian pada kali ini agak menghiburkan kerana anaknya mengoyakkan wallpaper tersebut semata-mata untuk menconteng dinding itu. Disebabkan dinding itu tidak lagi kelihatan baik selepas terkoyak, mamanya tukarkan keadaan dinding itu dengan menghasilkan satu projek diy batten wall.

Jom sama-sama ikuti perkongsian menarik ini.

Projek DIY Batten Wall

 

Asbab si kecil koyakkan wallpaper mama, terpaksa jugalah lakukan Projek DIY ini.

Beranikan diri buat sendiri. Berdebar juga takut tak jadi sebab memang jarang-jarang pegang kayu, gergaji bagai ni. Tetapi akhirnya menjadi juga.

Kos tak sampai RM500 pun. Saja tanya-tanya quotation design macam ini dekat RM3.5k juga. Alhamdulillah
Projek DIY Board & Batten

Material - kayu pallet
Cat - Jotun
Code - 4863 Statement Blue

 

Bahagian dinding rumah sebelum diubahsuai. Pada ketika ini, dinding hanya menggunakan wallpaper sahaja. Wallpaper yang digunakan dibeli dari kedai wallpaper berdekatan dengan rumah. Wallpaper ini memang kelihatan cantik dan menarik kerana ada glitters. Anggaran kos keseluruhan berserta pemasangan dahulu sekitar RM800.

diy batten wall

Dinding yang ingin dipasang batten wall ini berkeluasan dinding ukuran 12x9 kaki. Ada juga yang bertanya, dekat mana beli kayu pallet ini? Kayu pallet ini dibeli dari kedai kayu pallet. Bagi memastikan kayu tersebut melekat pada dinding, ia memerlukan gam yang khas untuk kayu tersebut. Gam yang digunakan adalah gam Xbond.

diy batten wall

Keadaan dinding selepas kayu dilekatkkan.

diy batten wall

Proses pemasangan diteruskan lagi.

diy batten wall

Batten wall selesai dipasang.

Langkah seterusnya pula adalah mengecat batten wall.

Inilah hasil akhir projek diy batten wall setelah selesai dicat.

diy batten wall

Itu sahaja perkongsian Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap dengan perkongsian diy yang kreatif dan menarik ini sedikit sebanyak dapat memberi sumber idea dan inspirasi kepada anda dalam melakukan kerja-kerja diy ruang tamu rumah. Semoga bermanfaat.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Januari 31, 2022
Dikemaskini pada
Januari 31, 2022
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram