Boleh dikatakan bukan semua orang diberi kelebihan untuk bertukang tidak kira dari segi membina rumah atau bertukang seperti melakukan diy. Ada juga sesetengah orang dia sangat minat untuk melakukan diy tetapi apabila dia cuba melakukan projek diy tersebut hasilnya tidak menjadi. Perkongsian pada kali ini adalah dari seorang isteri kepada lelaki yang melakukan projek diy ini yang bernama Norazihan Mokhtar. Perkongsiannya adalah mengenai ketua keluarga ini tunjuk kesungguhan buat almari pakaian, meja study & mini meja solek dengan cara diy.
Jika anda diberi kelebihan dalam bertukang ini apa salahnya anda terjemahkan bakat anda ini untuk keselesaan keluarga anda. Setidaknya anda dapat bahagiakan mereka dengan projek diy hasil tangan anda sendiri.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian projek diy almari pakaian, meja study & mini meja solek dengan cara diy yang sangat menarik ini.
Kali pertama nak kongsi dekat sini iaitu kesungguhan suami saya membuat almari pakaian, meja study dan mini meja solek untuk bilik anak dara kami.
Walaupun ini adalah pertama kali cuba melakukan diy tetapi alhamdulillah projek pertama ini menjadi.
Ini adalah semasa proses pemotongan plywood untuk dijadikan almari pakaian.
Link Shopee :
Kayu yang dipotong tadi sudah mula dipasangan mengikut saiz yang ditetapkan untuk dijadikan almari pakaian.
Panel pada bahagian dalam almari sudah dipasang untuk jadikan sebagai rak tempat letak baju.
Bahagian luar almari di cat dengan cat hitam.
Almari pakaian selepas projek diy selesai dilakukan. Cantik dan sangat kreatif hasil yang dibuat ini. Memang terbaik.
Ini adalah meja belajar yang dilakukan secara diy.
Bilik tidur kelihatan lebih menarik dengan pemasangan lampu LED.
Ini pula adalah meja solek selepas selesai melakukan projek diy.
Keadaan bilik tidur dari pandangan hadapan.
Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi pada kali ini. Semoga bermanfaat.