Projek Diy Almari Pakaian, Meja Study Dan Meja Solek Mini

Ditulis oleh

Boleh dikatakan bukan semua orang diberi kelebihan untuk bertukang, tidak kira dari segi membina rumah atau melakukan diy. Ada juga sesetengah orang, dia sangat minat untuk melakukan diy tetapi apabila dia cuba melakukan projek diy tersebut hasilnya tidak menjadi. Perkongsian pada kali ini adalah dari seorang isteri kepada lelaki yang melakukan projek diy ini yang bernama Norazihan Mokhtar. Perkongsiannya pula adalah mengenai ketua keluarga ini tunjuk kesungguhan buat almari pakaian, meja study & mini meja solek dengan cara diy.

Jika anda diberi kelebihan dalam bertukang, apa salahnya anda terjemahkan bakat anda untuk keselesaan keluarga anda. Setidaknya anda dapat bahagiakan mereka dengan projek diy hasil tangan anda sendiri.

Jom sama-sama kita ikuti perkongsian projek diy almari pakaian, meja study & mini meja solek dengan cara diy yang sangat menarik ini.

Projek Diy Almari Pakaian, Meja Study & Mini Meja Solek

 

Kali pertama nak kongsi dekat sini iaitu kesungguhan suami saya membuat almari pakaian, meja study dan mini meja solek untuk bilik anak dara kami.

Walaupun ini adalah pertama kali cuba melakukan diy tetapi alhamdulillah projek pertama ini menjadi.

 

Ini adalah semasa proses pemotongan plywood untuk dijadikan almari pakaian.

Link Shopee : 

diy perabot

Kayu yang dipotong tadi sudah mula dipasangan mengikut saiz yang ditetapkan untuk dijadikan almari pakaian.

diy perabot

Panel pada bahagian dalam almari sudah dipasang untuk jadikan sebagai rak tempat letak baju.

diy perabot

Bahagian luar almari di cat dengan cat hitam.

diy perabot

Almari pakaian selepas projek diy selesai dilakukan. Cantik dan sangat kreatif hasil yang dibuat ini. Memang terbaik.

diy perabot

Ini adalah meja belajar yang dilakukan secara diy.

diy perabot

Bilik tidur kelihatan lebih menarik dengan pemasangan lampu LED.

diy perabot

Ini pula adalah meja solek selepas selesai melakukan projek diy.

diy perabot

Keadaan bilik tidur dari pandangan hadapan.

Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi pada kali ini. Semoga bermanfaat.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Oktober 3, 2021
Dikemaskini pada
Oktober 3, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram