Pernahkan anda melihat deco rumah berkonsepkan accent wall cermin berpagar seperti ini? Pasti jarang bukan? Untuk pengetahuan semua, accent wall adalah salah satu dekorasi pada dinding yang sering digayakan oleh pemilik rumah bagi menjadikan suasana rumah kediaman lebih menarik dan ceria. Perkongsian pada kali ini adalah dari seorang pemuda yang bernama Hazrol Hafiz. Perkongsiannya pula adalah mengenai projek diy hasilkan accent wall cermin gaya berpagar.
Penghasilan accent wall tidak dihadkan mengikut satu corak sahaja, kadangkala ianya boleh dilakukan mengikut konsep dan kreativiti anda tersendiri.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian menarik ini.
Hasil projek diy baru belajar
Ini adalah bahagian dinding sebelum diubahsuai. Jelas kelihatan kawasan dinding ini lapang dan tidak corak apa-apa.
Proses-proses pemasangan accent wall mula dipasang dan proses mengecat juga dilakukan.
Proses mengecat diteruskan lagi dengan warna yang diinginkan.
Kerja mengecat sudah hampir siap.
Inilah hasil dinding setelah selesai dipasang accent wall. Seterusnya adalah dengan memasang cermin pada dinding pula.
Kerja-kerja pemasangan cermin sudah hampir siap dilakukan.
Bahagian dinding setelah accent wall selesai dilakukan dengan memasukkan unsur dan konsep penggunaan cermin pada dinding yang kelihatan seperti gaya berpagar.
Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi Oleh Giler Deco untuk anda pada kali ini. Semoga dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mencari sumber idea dan inspirasi untuk deco