Wainscoting dan shiplap pada masa kini memang sudah tidak asing lagi dalam kalangan kita. Kalau bercerita tentang perkara ini memang semua orang sudah mengenalinya. Hal ini kerana dengan menghasilkan wainscoting dan shiplap pada dinding dapat menjadikan rumah kediaman anda lebih cantik dan menarik. Perkongsian pada kali ini adalah dari Saya Zaini. Perkongsiannya adalah mengenai projek diy "3in1" hasilkan wainscoting cermin, dinding dan shiplap serentak yang sangat menarik.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian diy yang menarik ini.
Alhamdulillah.
Mula-mula panggil orang datang ukur, lepas dengar sebut harga. Termenung kejap. Akhirnya ambil inisiatif sendiri dan belajar dari youtube. Maka tercapailah keinginan sendiri. Memang jimat banyak buat sendiri.
Selamat Mencuba!
Ini adalah bahan dan peralatan yang digunakan untuk melakukan projek DIY wainscoting ini.
Link Shopee barangan yang digunakan :
Ini pula adalah semasa proses pemasangan wainscoting pada dinding bawah.
Kayu wainscoting sudah siap dipasang.
Proses mengecat rumag dilakukan untuk menampakkan seri pada bahagian yang dilakukan wainscoting itu.
Wainscoting pada bahagian atas mula dilakukan.
Kayu wainscoting mula dipasang pada bahagian atas dinding rumah pula.
Proses mengecat pada bahagian dinding yang dilakukan diy itu dibuat.
Inilah hasil selepas dinding selesai dilakukan diy wainscoting.
Ini pula adalah semasa proses diy pemasangan cermin wainscoting.
Ini adalah hasil selepas pemasangan wainscoting selesai.
Ini adalah ketika proses pemasangan dinding shiplap.
Ini adalah hasil akhir setelah dinding shiplap selesai dipasang.
Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco untuk anda pada perkongsian kali ini. Semoga bermanfaat.