Setiap isteri mengimpikan suasana rumah yang cantik dan selesa. Walaupun kediaman kita tidaklah semewah orang berada, dekorasi atau ubahsuai yang simple juga mampu untuk menjadikan rumah kelihatan kemas dan ceria. Perkongsian pada kali ini adalah dari seorang suami yang bernama Pejal Basri. Perkongsiannya pula adalah mengenai projek deko rumah sempena hari jadi isteri.
Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian dekorasi rumah yang menarik ini.
Hasil mendeko dinding gaya wainscoting dan shiplap serta lantai SPC. Isteri minta untuk hadiah hari jadinya.
Proses ini mengambil masa lebih kurang 3,4 hari juga baru siap. Sebab buat sendiri siang malam juga untuk siap. Penat tapi demi isteri tidak mengapa.
Keadaan dinding ruang menonton tv sebelum diubahsuai.
Gambar semasa proses pemasangan kayu shiplap pada bahagian bawah dinding dilakukan.
Kayu shiplap selesai dipasang.
Kawasan ruang tamu rumah setelah selesai dipasang wainscoting dan kayu shiplap dinding. Proses seterusnya pula adalah dengan menyapu filler pada gap kayu tersebut. Akhir sekali, barulah mengecat bahagian tersebut.
Ini adalah semasa proses pemasangan lantai SPC.
Hasil ubahsuai setelah siap dilakukan, istimewa buat isteri tercinta.
Setakat itu sahaja perkongsian Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap dapat membantu anda dalam mencari sumber idea dan inspirasi untuk melakukan ubahsuai ada kawasan ruang tamu rumah. Semoga bermanfaat.