Semua pemilik rumah berhasrat untuk memiliki rumah yang kelihatan cantik dan menarik. Dengan melakukan perubahan, setidaknya ia dapat mewujudkan rasa tenang dan ceria dalam diri kerana berjaya mengubahsuai rumah. Perkongsian pada kali ini adalah dari Shasha Ramly. Perkongsiannya pula adalah mengenai projek deco rumah sewa lama 10 tahun di tinggalkan kepada gaya "Black & White".
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian yang sangat menarik ini.
Alhamdulillah projek deco bersama encik suami tak mewah tapi selesa, kami suka colour black white dan selitkan English style serba sedikit.
Pada asalnya, rumah ini pemilik sudah lama tidak duduk kira-kira hampir 1o tahun, Sewaktu mula-mula masuk hanyalah rumah kosong sebab kipas lampu semuanya tidak ada. Gamabar dibawah ini setelah barangan dibawa masuk secara berkala.
Projek diy ini bermula semasa Perintah Kawalan Pergerakan PKP 3.0 hari itu. Mereka mengambil keputusan untuk deco secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan dan bajet dalam tempoh masa sebulan.
Bahagian ruang tamu sebelum diubahsuai.
Bahagian kawasan pintu masuk sebelum diubahsuai.
Keadaan laluan ke bilik dan ke dapur sebelum diubahsuai.
Ini adalah semasa proses pemasangan wainscoting cermin pada dinding ruang tamu tersebut.
Inilah hasil setelah ubahsuai selesai dilakukan. Projek ubahsuai ini 100% hasil air tangan suami tanpa mengupah orang.
Untuk wiring pula terpaksa mengupah orang kerana mereka tidak pandai untuk melakukannya.
Proses ubahsuai bermula dari ruang dapur, bilik air tetamu dan ruang dapur. Boleh dikatakan satu rumah diubahsuai. Kalau bercerita tentang penat, memang agak penat tetapi sangat berpuas hati kerana dekorasi yang dilakukan mengikut citarasa kita sendiri.
Untuk pengetahuai, mereka langsung tidak melakukan renovasi, hal ini kerana, mereka tidak mahu melibatkan kos yang memerlukan jumlah bajet yang agak besar. Rumah ini dideco sementara sahaja sebelum memiliki rumah idaman sendiri.
Itu sahaja perkongsian Giler Deco untuk anda pada kali ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat.