Di musim pandemik yang kian menular ini. Ketika negara dalam perintah kawalan pergerakan (PKP), ramai diantara kita yang terkesan dan tidak dapat keluar untuk pergi bekerja. Jadi tidak salahnya ketika berada dirumah ini anda memanfaatkan aktiviti harian dengan deco rumah anda. Perkongsian pada kali ini adalah dari Rosaimi Rahman. Perkongsiannya adalah mengenai projek diy wainscoting MCO 3.0 guna "aplikasi jotun color design".
Mesti ramai yang tidak tahu bahawasanya Aplikasi Jotun Color ini sememangnya berguna untuk anda dalam melakar dan mencuba idea dalam bentuk maya sebelum dilakukan secara realiti. Dengan menggunakan aplikasi ini, ia lebih memudahkan anda untuk mengenalpasti konsep a dan warna apa yang ingin diterapkan pada dinding kawasan rumah anda.
Aplikasi ini anda boleh muat turun di aplikasi playstore untuk Android dan apps store untuk IOS.
Jom ikuti perkongsia diy yang sangat menarik ini.
Proses sketch untuk design dan warna yang diingini. Pakai apps Jotun Color Design.
Untuk memastikan garisan lebih betul, anda boleh guna laser untuk dapatkna ketepatan garisan yang diingini. Laser boleh beli di Shopee.
Link Shopee : https://shp.ee/6b4c233
Ini adalah semasa proses marking. Guna masking tape.
Link masking tape : https://shp.ee/qnpcrg3
Color pertama untuk top (dinding dah disapu undercoat).
Selesai bottom cat untuk bahagian bawah.
Ini adalah bahagian paling bosan. Cantumkan untuk buat framing wainscoting.
Ini adalah hasil setelah siap dicantumkan.
Proses ini agak tricky. Make sure susun dulu sebelum gam untuk pastikan kiraan jarak betul kalau tak, tiada jalan kembali bila dah gam.
Sekali lagi pengguna leser amat membantu. Harga pun tak la mahal mana. Tapi amat berguna.
Permulaan yang agak slow but sure.
Siap. Tapi permulaan masa untuk gam betul-betul kering dan lekat sebelum buka masking tape.
Siap juga akhirnya. Tapi simple sahaja.
Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi pada kali ini. Semoga bermanfaat.