Penggunaan Kuali Hitam Boleh Bawa Mudarat?

Ditulis oleh

Anda pernah dengar tentang kuali legend ? Kuali legend ini biasanya terjadi apabila terdapat kerak hitam di bawah permukaan kuali tersebut. Min yakin setiap kaum ibu sudah pasti akan mempunyai kuali legend ni di rumah masing-masing. Pada asalnya kuali ini kelihatan cantik berkilat lagi. Namun begitu setelah kerap menggunakannya, kuali yang asalnya cantik tersebut bertukar kepada bentuk hitam legam dan tak elok untuk anda gunakan. Perkongsian hari ini adalah mengenai penggunaan kuali hitam boleh bawa mudarat?

Menerusi perkongsian daripada Dr Fatimah Salim di dalam laman Facebook miliknya, periuk ataupun kuali yang telahpun bertukar warna hitam adalah berbahaya untuk digunakan dan mampu mendatangkan mudarat kepada kesihatan anda. Jom kita lihat penjelasan dari Dr Fatimah Salim.

Penggunaan Kuali Hitam Boleh Bawa Mudarat?

Ramai yang mungkin tidak kisah dengan keadaan kuali atau periuk yang hitam legam. Legend katanya.
Tahukah anda peralatan memasak sebegini berbahaya?
YA. Lapisan hitam ini sebenarnya terbentuk daripada mendakan bahan masakan dan minyak yang terhangus dan dibiarkan lama sebati tanpa disental atau dikikis.
Lapisan ini berpotensi menyebabkan kanser kerana ianya mengandungi bahan-bahan kimia seperti polycyclic aromatic hydrocarbons (PAHs), heterocyclic amines (HCAs) acrylamide dan furans. Bahan-bahan kimia ini akan bercampur dalam masakan kita setiap hari yang kita hidangkan kepada anak-anak.
Jadi, usah tunggu lama lagi sebelum terlambat. Segera bersihkannya bagi mengelakkan masalah kesihatan di masa hadapan. Benar, bahan-bahan kimia ini memang sentiasa ada dalam makanan yang dipanggang atau dimasak dengan suhu yang tinggi sehingga hangus, namun usahlah sengaja menambah punca.
Jadi, apa cara yang betul untuk membersih lapisan carbon tersebut? Haa jangan risau kerana beliau turut berkongsikan beberapa tips  menarik untuk membersihkan lapisan tersebut.

Tips Untuk Membersihkan Lapisan Karbon :

• Panaskan peralatan memasak dengan api. Tuangkan air perlahan-lahan dan biarkan air di dalam peralatan ini mendidih selama 10-15 minit. Kemudian tuangkan setengah cawan baking soda dan biarkan ianya mendidih seketika. Matikan api dan kikis perlahan permukaan ini dengan menggunakan senduk bersesuaian. Tunggu sejuk dan sental.
• Boleh juga gantikan bes lain seperti sabun cuci baju. Setelah biarkan periuk mendidih selama 10-15 minit. Matikan api, alihkan dan tuangkan sabun cuci sesetengah cawan. Rendam sekitar 1 jam atau lebih lama bergantung kepada tahap kekotoran. Apabila kelihatan mudah dikikis, buangkan air sabun rendaman dan sental.
• Jika kesan hitamnya tidak teruk, boleh saja tuangkan baking soda tanpa pemanasan dan sental. Atau gantikan bahan berbes dengan bahan berasid seperti cuka makan, air asam jawa, asam keping... Namun baunya agak kuat jika dibandingkan baking soda.
Pemanasan membantu menanggalkan kesan hangusan dengan lebih mudah kerana bertambahnya tenaga kinetik molekul-molekul dalam ikatan metalik peralatan memasak dan lapisan hangusan itu juga.

Nota Tambahan :

1) Dalam keadaan yang pekat, bahan-bahan kimia ini bersifat menghakis, maka boleh membantu dalam proses pembersihan. Cuma berhati-hati dengan air panas dan sifat yang boleh merengsa.
2) Peralatan yang telah berkilat tadi perlu dibentuk lapisan oksida untuk mengurangkan risiko bocoran logam. Maka, boleh lah merebus air beberapa kali sehingga lapisan kelihatan pada permukaan, sebelum digunakan seperti biasa.
Sekian saja perkongsian daripada min untuk kali ini. Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada para pembaca di luar sana.
Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Disember 14, 2020
Dikemaskini pada
Disember 14, 2020
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram