Penjagaan dapur yang rapi mampu membuatkan dapur anda kelihatan sentiasa kemas dan tidak berselerak. Jika dapur rumah anda terlalu banyak barang, pasti dapur anda kelihatan agak padat. Untuk mengatasi masalah barangan dapur yang kelihatan padat, perkara terbaik adalah dengan memasang kabinet gantung pada bahagian dinding dapur. Perkongsian pada kali ini adalah dari Faiez Rahman. Perkongsiannya pula adalah mengenai pemasangan kabinet dapur mudah & ringkas bersama isteri tercinta.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian deco dapur yang sangat mudah ini. Barangan yang dibeli pula hanya guna barangan dari kedai online sahaja.
Deco dapur bersama isteri.
Pasang, tebuk, kemas dan siap.
Kabinet atas order dari Shopee, ada barang dari IKEA dan juga Mr.Diy. Kabinet bawah itu dulu pakai langsir sahaja, ada modal sikit baru upah orang pasang bawah. Dah 2 tahun baru bikin kabinet atas pula.
Setelah banyak ambil input dan idea facebook, maka kami abadikan sedikit-sedikit deco itu ke hiasan dapur kami.
Walau bagaimanapun, terima kasih atas komen dan beberapa pandangan yang membina ya.
Keadaan dapur sebelum kabinet yang dibeli dari Shopee itu dipasang.
Ini adalah kabinet gantung yang akan dipasang pada bahagian dinding ruang dapur ini.
Shelf gantung tempat rempah itu beli dekat IKEA. Bekas rempah itu pula beli dari Mr.Diy.
Untuk label rempah pula, beliau hanya print diatas kertas A4 dan tampal sahaja.
Keadaan ruang dapur setelah selesai diubahsuai.
Jelas kelihatan dapur kemas tersusun dengan sangat rapi.
Bahagian dari sudut pandangan sisi.
Bidai ini pun beli dekat Shopee. Sebelum ini pakai langsir. Bila sudah upgrade dapur, langsir pun dibuka dan digantikan dengan bidai.
Semua lampu yang digunakan ini dibeli dari IKEA sahaja.
Pandangan dari sudut atas lampu tersebut.
Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco untuk anda pada kali ini. Semoga perkongsian deco yang sangat ringkas ini dapat memberi sumber idea dan inspirasi kepada anda.
Semoga bermanfaat.