Pasangan Ini Berganding Bahu Untuk Membuat "Walk In Wardrobe" Secara DIY

Ditulis oleh

Kalau anda jenis yang suka tengok program mengenai rumah selebriti  Malaysia terkini ini mesti tahu apa itu "walk in wardrobe". Ia merupakan sejenis almari dimana ia merangkumi pelbagai bahan koleksi atau juga barang yang sangat berharga disimpankan disana.

Walk in wardrobe memiliki keluasan yang sangat luas dimana anda boleh berjalan sepanjang almari tersebut melihat sekelilingnya. Jika anda inginkan almari seperti ini, anda terpaksa tempah dengan tukang kayu namun kosnya pasti mahal dan tidak semua orang mempunyai bajet untuk membuat wardrobe ini.

Namun, sebuah pasangan suami isteri ini ingin berjimat cermat. Jadi, mereka telah pun berganding bahu untuk membuat satu walk in wardrobe secara DIY. Ia merupaka projek kesukaan mereka kerana pasangan ini sangat berminat dalam bertukang. Jom kita tengok walk in wardrobe DIY ini hasil daripada pasangan ini.

Pasangan Ini Berganding Bahu Untuk Membuat "Walk In Wardrobe" Secara DIY

 

KOS HARGA YANG DIHABISKAN

Menurut daripada pasangan ini, keseluruhan kos ini hanyalah dalam sekitar RM4,000 sahaja. Jika tempah boleh mencecah hampir RM 12,000. Ia lagi jimat dan kepuasan terserlah.

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

 

  1. White Polyester Block Board 18mm - LINK DISINI
  2. IKEA Kallax - LINK DISINI
  3. Wood Varnish - LINK DISINI
  4. Wall Mirror - LINK DISINI

CARA MEMBUAT DIY WALK IN WARDROBE 

1. Membuat Wardrobe Design

Membuat satu drawing dan juga design mengikut ukuran sebenar bilik anda.

2. Kerja-kerja pemotongan

Kerja pemotongan kayu dilakukan. Kami menggunakan block board 18mm untuk wardrobe design kami. Sekeping board hanya RM80 ( 4x8 kaki ). Untuk makluman anda, Plywood tidak sesuai untuk membuat wardrobe kerana ia akan leding.

3. Proses Pemasangan 

Pasang dahulu kayu tersebut menjadi wardrobe. Dirikan kabinet ditempat yang ditetapkan. Pasangkan siap-siap pada lantai dan dirikan ia di dinding.

4. Kombinasi dengan IKEA Kallax

Bahagian upper unit telah pun dipasang. Bahagikan kiri dan kanan rak tersebut dengan 2 unit rak daripada IKEA iaitu rak ikea kallax.

5. Proses Mengecat

Plan asal adalah untuk varnish kan kayu untuk nampakkan ia iras-iras kayu ala-ala rutic begitu namun ada perubahan kerana warna tidak sama dengan rak IKEA. Terpaksa cari warna yang baru. Kami gunakan cat waterbase untuk kayu dan besi.

wardrobe

6. Pemasangan Lampu Strip LED

Apabila siap pemasanga drawer tersebut, kami letakkan lampu strip led untuk dipasang pada wardrobe tersebut.

wardrobe

7. Memasang Drawer Built In

Memasang 24 keping block board untuk ruangan ini. Drawer tersebut sudah siap dan sedia untuk dicatkan. Kos lebih murah bila cat sendiri. Yang beli sudah siap laminate putih tu RM125 sekeping 4×8 kaki. Yang block board kosong ni RM80 ja.

wardrobe

8. Pemasangan Cermin

Pasangkan cermin untuk pintu laundry room. Kami tempah cermin tersebut dikedai cermin. Akhirnya, siap juga walk in wardrobe kami ini. Sekarang bolehlah untuk meletakkan barang kesukaan didalam bilik ini.

wardrobe

Sumber : mypt3.com

 

Ingin membaca artikel seterusnya?

Baca juga :- Transformasi Rumah Sewa Kampung Yang Kosong Kepada Konsep ” Black White Minimalist “

 

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Mac 31, 2021
Dikemaskini pada
Mac 31, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram