Pasang French Door Pisahkan Ruang Tamu & Dapur

Ditulis oleh

Ubahsuai ruang tamu dengan menggunakan wainscoting dan sebagainya memang anda sering dengar. Tetapi jarang kita dengar ubahsuai rumah dengan menerapkan konsep French door bukan? French door ini adalah merupakan konsep dan gaya orang Eropah iaitu gaya yang sering digunakan oleh orang Perancis untuk deco rumah mereka. Tetapi gaya ini kini telah mendapat tempat dihati orang luar dari Eropah kerana gaya dan konsep yang digunakan sangat menarik cantik tapi simple sahaja. Jadi perkongsian dari Giler Deco pada kali ini adalah dari seorang wanita dan pemilik rumah yang bernama Aneeraz Damha Irmaz. Perkongsaiannya adalah mengenai pasang french door pisahkan ruang tamu & dapur.

Jadi jom sama-sama kita ikuti perkongsian ringkas yang ingin dikongsi oleh wanita ini.

Pasang French Door Pisahkan Ruang Tamu & Dapur Hasilkan Gaya Rumah Baru :

 

Akhirnya impian untuk pasang French Door sebagai pemisah  atau divider antara ruang tamu ke dapur menjadi kenyataan. Alhamdulillah. Saya decided untuk guna inspirasi Europe style iaitu French Door concept. Ini custom made ye kena panggil contractor datang ukur dan buat atau pasang. Bila dah ada french door ni air cond saya di ruang tamu pun dah sejuk sebab sebelum tutup dulu aircond saya akan lari ke belakang sebab open sangat ruang tamu panjang sampi masuk ke dapur. Harap boleh jadi inspirasi kepada pemilik rumah yang lain.

Ini adalah keadaan ruang tamu dahulu sebelum install pintu pemisah atau divider.

deco rumahIni pula adalah keadaan selepas French door selesai dipasang.

deco rumah

deco rumah

deco rumah Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap dengan perkongsian ini dapat membantu anda dalam cuba untuk mendekorasi dan ubahsuai rumah anda supaya kelihatan cantik dan mewah.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Jun 30, 2021
Dikemaskini pada
Jun 30, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram