Penggunaan "Grand Mirror" pada bahagian dinding ruang tamu rumah sudah tidak asing lagi pada masa kini. Hal ini kerana, Deco rumah dengan menggunakan konsep seperti ini mudah untuk dihasilkan tanpa perlu mengupah orang, buat secara diy pun boleh sahaja. Apa yang penting adalah kreativiti anda sendiri dalam penghasilan gaya deco yang diinginkan. Perkongsian pada kali ini adalah dari Awall Din. Perkongsiannya pula adalah mengenai modify cermin lots IKEA hasilkan "grand mirror" bentuk diamond.
Jom sama-sama kita ikuti perkongsian deco rumah cara diy yang sangat menarik ini.
Salam. Sempena PKP 3.0 serta PKPD Negeri selangor dan Kuala Lumpur hari itu, kita tunaikan hajat orang rumah.
Asalnya nak pakai bevel diamond untuk wall mirror itu tapi harga agak kayangan boleh cecah 4 angka. Jadi untuk tak menghampakan, kita modify saja la lots mirror IKEA ni buat jadi bentuk diamond. Jimat Banyak duit, order saja dari Shopee.
- Saiz ruang - 4 kaki x 7 kaki
- Frame wainscoting 4cm.
Jadi semua modal dalam Rm200 keatas.
Cuma nak kena potong cermin itu 8 keping untuk dapat saiz segitiga bahagian keliling frame. Boleh la dari buat hangus 1k lebih masa PKP haritu kena jimat duit.
Ini adalah jenis cermin yang digunakan iaitu cermin lots IKEA 30cm x 30cm - 30 keping.
Cermin ini dibeli dari Shopee.
Untuk gam pula, gam yang digunakan adalah jenama Vital Nails yang khusus untuk wainscoting.
Cermin dipotong dengan menggunakan glass cutter.
Proses pemotongan telah selesai. Cermin dibelah dua hasilkan bentuk segitiga
Cermin dilipat supaya mudah untuk diasingkan.
Selepas itu, letak gam Vital Nails pada bahagian belakang cermin tersebut.
Selepas disapu gam dan menampal masking tape, cermin sedia untuk dilekatkan pada dinding.
Cermin segitiga itu mula dipasang pada bahagian dinding.
Anda perlu tape kan dengan masking tape bagi menyokong cermin tersebut supaya tidak jatuh.
Cermin tersebut sudah hampir siap dipasang.
Proses pemasangan cermin telah selesai dilakukan. Proses seterusnya adalah dengan memasang bingkai wainscoting pada cermin.
Inilah hasil selepas selesai dilakukan projek diy.
Gambar lebih jelas cermin utama setelah projek diy selesai dilakukan.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat