Renovasi dan transformasi rumah dan bilik air boleh dikatakan bukanlah benda asing pada masa kini. Hal ini kerana sudah ramai dikalangan masyarakat kita mula membuka mata untuk merenovasi teratak syurga masing-masing. Perkongsian kali ini adalah dari Nurlailah Khadijah. Perkongsiannya adalah mengenai renovasi bilik air lama kepada "konsep mewah glam" guna barang dari shopee!
Apa yang membuatkan perkongsian kali ini lebih menarik adalah kerana renovasi yang dibuat untuk tandas miliknya sangat luar biasa. Bayangkan dari tandas yang kelihatan suram sebelum ini ditukar dengan gaya mewah dan siap ada lampu chandelier lagi. Jom sama-sama kita saksikan perkongsian yang ingin dikongsi olehnya.
Before and after toilet renovation.
Alhamdulillah settle juga project pkp 2.0. Terima Kasih husband sponsor untuk projek renovasi ini. Alang-alang nak baiki toilet, terus nak buat toilet idaman.
Asalnya toilet tu baik baik saja, tapi satu hari di bulan october tahun lepas, isteri cuci toilet tuang asid setengah botol kemudian biarkan selama sejam baru nak berus. sekali bukan kotoran semua hilang, segala warna tiles pon terhakis habis. Tiles asal warna hitam terus jadi putih.
Kemudian November tahun lepas suami pun approve untuk renovasi balik toilet ni.
Biasanya tiles untuk dinding bathroom, disarankan guna saiz 2x1 atau saiz lagi kecik. Sebab kalau saiz 2x2 atau lagi besar kemungkinan tiles akan jatuh atau pecah. Sebab bila saiz besar and naik sampai 10 kaki kat atas siling, takut kalau simen tak betul sebab saiz besar sangat, nanti tiles akan jatuh.Info ni dari kedai tiles. Jadi untuk bilik air ini guna 2x1 kaki.
Ini adalah keadaan tandas sebelum proses ubahsuai dilakukan.
Keadaan lantai sebelum proses.
Ini adalah keadaan tandas selepas selesai diubahsuai.
Ini adalah senarai barangan peralatan yang dibeli di shopee :
Itu sahaja perkongsian kali ini. Diharap dapat membantu anda dalam cuba mencari inspirasi dekorasi tandas anda.